LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 : Malaysia tumpas di tangan Australia

Perlawanan kedua bagi kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015. Pasukan hoki negara menghadapi tugas getir apabila bertemu gergasi hoki, Australia. Perlawanan pertama pada hari semalam yang menyaksikan pasukan Australia membelasah Canada 7-0 menghadirkan kegusaran apatah lagi pasukan bimbingan Tan Beng Hai tumpas pada perlawanan pertama di tangan New Zealand dengan keputusan 2-4.
Walaupun pasukan negara masih jauh level dari pasukan Australia namun perlawanan hari ini cukup membanggakan. Pasukan negara tumpas tipis dengan keputusan 2-3 menentang jagoan yang menduduki rangking pertama dunia itu.
malaysia-vs-australia

Jaringan skuad hoki Australia dijaringkan oleh Dwyer pada minit ke 43, 53 dan Wotherspoon pada minit ke 58. Pasukan Malaysia berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke 56 melalui jaringan penyerang muda negara Firhan Ashaari dan Tengku Ahmad Tajuddin pada minit ke 59. Walaupun kalah namun permainan pasukan negara cukup bersemangat dan hebat. Hanya sedikit kesilapan mengakibatkan kegagalan untuk pasukan negara memungut mata.
Apapun masih ada lagi perlawanan untuk ditamatkan walaupun sasaran untuk ke perlawanan akhir sedikit tipis.

Keputusan Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 6.4.2015

Malaysia vs Australia 2-3

New Zealanda vs India 2-1

Korea vs Canada3-1

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 : Malaysia tumpas di tangan Australia

  1. Hmmm..dari segi permainan ada sedikit peningkatan berbanding masa lawan new zealand tempoh hari.

    Kepakaran taktikal amat ditagih dari tan beng hai utk menghadirkan sesuatu buat skuad hoki negara.

    KPI Presidn KHM adalah mara ke final dan JUARA…tampak sukar dengan 2 kekalahan ini..

    p/s: Pakar taktikal dari luar amat diperlukan.

Leave a Reply to Si bongkok Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)