LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Hoki Piala Azlan Shah 2016: Malaysia terikat dengan Kanada

Perlawanan ketiga pasukan hoki negara dalam Kejohanan Piala Azlan Shah 2016. Selepas mencatat kemenangan tipis di tangan Jepun , kalah kepada New Zealand dan tumpas teruk kepada Australia, Malaysia berdepan pasukan yang setara iaitu Kanada.
Pasukan negara selaku tuan rumah diikat oleh pasukan Kanada dengan keputusan 2-2. Pada minit ke 21, pasukan negara dikejutkan dengan jaringan oleh pemain Kanada , Scott Tupper melalui jaringan pukulan sudut penalti.
malaysia-vs-canada

Pasukan hoki Malaysia mencuba dan berjaya mengikat pasukan lawan melalui jaringan pemain penyerang , Shahril Saabah melalui satu set piece pukulan sudut penalti yang cantik.
Masuk ke separuh masa kedua, Nabil Fiqri berjaya menjaringkan gol pada minit ke 31 untuk memberikan kelebihan pada pasukan negara. Namun pemain Kanada berjaya mengikat dengan jaringan oleh Matthew Guest.

Ini memberikan sedikit harapan kepada skuad negara supaya tidak berada dalam kelompok terakhir.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)