LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Hoki Liga Hoki Dunia 2013 – Malaysia vs Afrika Selatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Hari ini skuad hoki negara beraksi lagi di kejohanan hoki Liga Hoki Dunia 2013. Kejohanan yang penting kerana memberikan tiket kelayakan untuk pasukan negara beraksi di kejohanan Piala Dunia 2014 pasti menjadi taruhan pemain negara. Selepas keputusan seri ketika perlawanan menentang Pakistan semalam, pastinya skuad hoki bimbingan Paul Revington ingin mendapatkan 3 mata penuh dalam perlawanan malam ini. Namun ia bukan sesuatu yang mudah kerana pasukan hoki Afrika setanding dari segi ranking dimana ranking mereka adalah di tangga ke 12 manakala skuad Malaysia di ranking 13.
Namun ranking bukanlah petanda kekuatan semasa pasukan hoki. Pasti skuad negara mempunyai sedikit kelebihan kerana beraksi di gelanggang sendiri. Perlawanan hoki yang berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya ini berlangsung pada jam 9.00 malam. Siaran langsung perlawanan hoki antara Malaysia menentang Afrika Selatan ini dapat ditonton di saluran ASTRO Arena 801.

liga-hoki-dunia

Berikut merupakan keputusan perlawanan Liga Hoki Dunia 2013 – Malaysia vs Afrika Selatan


Keputusan Penuh
Malaysia vs Afrika Selatan 6-4 (2-1)
Faizal Saari : 4′
Razie Rahim :15′
Afrika Selatan :25′ Jethro Eustice
Afrika Selatan :37′ Wade Paton
Razie Rahim : 48′
Faizal Saari : 54′
Afrika Selatan : 56′ Miguel da Graca
Fitri Saari 59′
Marhan Jalil :63′
Afrika Selatan : 68′ Timothy Drummond

** Tahniah kepada skuad Malaysia yang berjaya menang sekaligus menduduki tangga teratas kumpulan B. Namun masih ada tentangan dari pasukan England dan kemenangan memastikan pasukan Malaysia layak ke pusingan seterusnya.

Sekian

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Keputusan Hoki Liga Hoki Dunia 2013 – Malaysia vs Afrika Selatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)