Keputusan dan ulasan perlawanan Piala AFF 1 Disember 2012 – Malaysia vs Indonesia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Malam ini akan berlangsungnya perlawanan yang penting bagi skuad bolasepak negara. Perlawanan yang bakal menentukan samada pasukan bimbingan K Rajagopal mampu mempertahankan kejuaraan atau tidak. Hanya kemenangan sahaja menjadi jawapan untuk skuad Harimau Malaya melangkah ke separuh akhir bertemu samada Thailand atau Filipina.
Menambahkan lagi kesukaran bila pasukan negara terpaksa bertembung dengan pasukan naib juara 2 tahun lalu iaitu skuad bolasepak Indonesia. Walaupun berjaya mempamerkan prestasi memberangsangkan ketika perlawanan sebelum ini menentang Laos namun itu bukan menjadi ukuran untuk perlawanan seterusnya. Pasukan Malaysia perlu bermain lebih baik dari perlawanan sebelum ini.
bola piala AFF malaysiavsindonesia
upload

Perlawanan Malaysia melawan Indonesia malam ini akan berlangsung pada jam 8.45 malam di Stadium Bukit Jalil manakala perlawanan pasukan Singapura menentang Laos akan diadakan di Stadium Shah Alam. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di kaca tv RTM 1 dan ASTO Chaneel 812 (betulkan kalau silap).
Seperti biasa, keputusan perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Singapura vs Laos 4-3 (1-2)

Malaysia vs Indonesia 2-0 (2-0)
Kesebelasan Utama : (Malaysia )
Malaysia : Farizal (GK), Mahalli, Zubir, Aidil, Safiq (C), Norshahrul, Safee, Azamuddin, Shakir Shaari, Wan Zack, Fadhli Shas
Indonesia : Wahyu Tri Nugroho (GK), Raphael, Novan, Nopendi, Fachruddin, Taufiq, Elie Aiboy (C), Samsul, Irfan, Oktovianus, Vendry
[ Separuh Masa Pertama ]2-0
Malaysia minit 17 (Azamudin Akhil)
Malaysia minit 29 (NMahali Jazuli)
[Separuh Masa Kedua ] 2-0

image ru

Alhamdulilah nampaknya kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia. Secara amnya, kesungguhan pemain terutama ketika bertahan amatlah dipuji. Walaupun Shakir dikeluarkan di separuh masa pertama, Gary Stevan Robbat berjaya melaksanakan tugas sebagai pemain tengah bertahan dengan baik. Kemasukan Amar Rohidan menambahkan lagi kekuatan di bahagian tengah skuad Malaysia sekaligus menyukarkan pasukan Indonesia untuk melakukan serangan dan jaringan. Gandingan Mahali dan Wan Zack sekali lagi memberi kekuatan kepada barisan serangan negara. Cuma agak kecewa apabila Wan Zack dipindahkan ke bahagian kiri pada separuh masa kedua yang menyaksikan serangan negara agak tumpul.
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan persembahan terutama di barisan pertahanan yang lebih kukuh berbanding perlawanan sebelum ini. Mungkin untuk persembahan menentang Thailand pendekatan berbeza perlu dilakukan. Gandingan Mat Yo dan Safee perlu lebih tajam kerana dapat dilihat penyudah yang tumpul antara 2 penyerang ini.

Tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang berjaya menumbangkan pasukan Indonesia.

Sekian

10 thoughts on “Keputusan dan ulasan perlawanan Piala AFF 1 Disember 2012 – Malaysia vs Indonesia

  1. good luck.. walau xfanatik dgn bola ni tapi teruja juga.. sb bila ada goal aje.. msti dgar jiran jerit.. .. dan mulah lah tukar channel nk tgk juga walau sekejap.. hehheh “Malaysia Boleh”

  2. tahniah sbb menang 🙂 Safee Sali dan Mat Yo memang nampak tumpul sangat, Safee Sali atleast kalau boleh sepaklah on target walaupun tak masuk. Mat Yo? Lupa bila kali terakhir nampak dia jaringkan gol utk malaysia…

  3. mat yo dengan safee sali memang kena lebih usaha lepas ni…. dan barisan tengah dan pertahanan kena lebih mantap..kerana thailand bukan calang2 pasukan… selamanya harimau malaya! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.