LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan bolasepak Liga Super 19 Januari 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan Liga Super pada hari ini terdapat 3 perlawanan sahaja dimana pasukan Lions XII akan menentang Terengganu jam 7.45 malam di Stadium Jalan Besar, Singapura. Perlawanan lain pula menemulkan pasukan Selangor menentang Pahang pada jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam, Selangor dan pertemuan N.Sembilan dengan Perak jam 8.45 malam di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Mungkin ketiga-tiga perlawanan ini tidak segah perlawanan Liga Super pada hari semalam namun ia pasti tetap menjanjikan saingan menarik. Pertarungan antara Lions XII menentang Terengganu mungkin memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah namun sejarah musim lalu dimana Terengganu berjaya menumbangkan Lions XII di Stadium Jalan Besar ini mampu diulangi sekiranya pasukan Terengganu mampu bermain baik.

Perlawanan antara Selangor dan Pahang pasti menjadi tumpuan pada hari ini. Pasukan Selangor yang semakin meningkat pada perlawanan akhir-akhir ini pasti menghadapi saingan yang sengit dari pasukan Pahang yang berjaya memungut mata penuh bagi 3 perlawanan terdahulu. Jentera tengah Pahang yang diketuai oleh bekas pemain Selangor, AmirulHadi Zainal pasti menjadi nadi penting bagi memastikan pasukan Selangor berputih mata namun sudah pasti ia bukan sesuatu yang mudah di gelanggang lawan.
Perlawanan N.Sembilan dan Perak pula akan menjadi hebat kerana kedua-dua pasukan berada dalam keadaan yang teruk. Kekalahan pasti akan menyebabkan mereka menghuni tangga bawah Liga. Ketumpulan jentera serangan kedua-dua pasukan pasti menjadi masalah besar pada perlawanan malam in. Mampukah mereka mencari gol pada malam ini? Kita saksikan sahaja.

Perlawanan siaran langsung bolasepak Liga Super 19 Januari 2013 antara Selangor menentang Pahang akan disiarkan oleh ASTRO Arena 801 manakala N.Sembilan menentang Perak akan disiarkan oleh RTM 1 jam 8.45 malam.

Kredit Gambar :- FB ASTRO Arena

Seperti biasa keputusan perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Keputusan perlawanan Liga Super Malaysia 19.1.2013

Keputusan Liga Super 19.1.2013

Lions XII vs Terengganu 2-1 (0-1)
[7.45 malam], Stadium Jalan Besar, Singapura
Terengganu minit 32 (Effa Owana)
Lions minit 65 (Safuwan)
Lions minit 75 (Syafiq Zainal)

Selangor vs Pahang 3-2
[ 8.45 malam] Stadium Shah Alam, Selangor
Selangor minit 3 (Amri Yahya)
Selangor minit 19 (Amri yahya)
Pahang minit 24 (Fauzi Roslan)
Pahang minit 43 (Razman)
Selangor minit 79 (Ramzul)
** Pasukan Selangor berjaya menumbangkan pasukan pendahulu Pahang selepas sedikit goyah di separuh masa pertama.

N.Sembilan vs Perak 0-1
[8.45 malam[ Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Perak minit 90 (Failee Ghazali)

Sekian

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Keputusan bolasepak Liga Super 19 Januari 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)