LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Badminton Terbuka Singapura 2019 : Beregu Campuran Terkulai di Final

Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2019 telah melabuhkan tirainya. Nampaknya keputusan pemain Malaysia hampir serupa dengan keputusan di Terbuka Malaysia pada minggu lepas Cuma beregu campuran Tan Kian Meng/Lai Peng Jing berjaya menjadi wakil tunggal negara pada perlawanan akhir.

Meskipun berjaya melangkah ke akhir namun keputusan menentang beregu Thailand Dechapol Puavaranukroh/Sapsiree Taerattanachai tidak memberangsangkan. Mereka tumpas mudah dengan keputusan 14-21, 6-21 dalam tempoh hanya 33 minit sahaja. Mungkin mereka keletihan tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memberikan saingan kepada juara. Walaubagaimanapun, Ligakampung tetap merasakan ianya satu kejayaan bagi pasangan beregu negara ini. Pastinya selepas ini ranking mereka akan meningkat sekaligus memberikan amaran kepada beregu utama seperti Goh Liu Ying/ Chan Peng Song dan Shevon Lai/ Goh Soon Huat.

Dalam perlawanan akhir nampaknya pemain pilihan menguasai gelanggang. Pasukan Jepun mempunyai empat wakil dari 5 kategori dan memenangi tiga kategori. Ia membuktikan betapa pasukan Jepun semakin gah dalam acara badminton ini sedangkan pasukan negara yang dahulunya cukup gah di arena badminton kini semakin kurang dikenali. Apatah lagi dengan ketiadaan Datuk Lee Chong Wei yang masih samar-samar lagi untuk beraksi pastinya nama pemain Malaysia sukar untuk dicari di podium.

Pemain-pemain yang diharapkan perlu bangkit kerana jika mereka sekadar berpuas hati dengan prestasi sekarang maka tidak kemana sukan badminton di Malaysia ini. Cuba lihat aksi Kento Momota yang hampir kalah tapi mampu bangkit sehingga melakar kemenangan pada set ketiga. Ia patut dijadikan contoh dan bukan sekadar beralasan

Keputusan Penuh Terbuka Singapura 2019

Perseorangan Wanita

Tai Tzu Ying vs Nozomi Okuhara 21-19, 21-15

Dechapol Puavaranukroh/ Sapsiree Taerattanachai vs Tan Kia Meng/Lai Pei Jing 21-14, 21-6

Mau Natsumoto/ Wakana Nagahara vs Kim Hye Jeong/ Kong Hee Yong 21-17, 22-20

Takeshi Kamura/ Keigo Sonoda vs Mohammad Ahsan/ Hendra Setiawan 21-13, 19-21, 21-17

Kento Momota vs Anthony Sinisuka ginting 10-21, 21-19, 21-13

Prestasi Pemain Badminton Negara

Beregu Campuran 
Goh Soon Huat/Shevon Lai (Pusingan Kedua)
Chen Tang Jie/ Peck Yen Wei(Pusingan Pertama)
Lai Pei Jing/ Tan Kian Meng (Separuh Akhir)
Goh Liu Ying/Chan Peng Soon (Suku Akhir)

Perseorangan Wanita
Tiada Wakil

Beregu Wanita
Tiada Wakil

Beregu Lelaki
Ong Yew Sin/ Teo Eee Yi (Pusingan Pertama)

Chooi Kah Ming/ Low Juan Shen (Pusingan Kedua)

Goh Sze Fei/ Nur Izzuddin (Pusingan Pertama)

Goh V Shem/Tan Wee Kiong (Suku Akhir)

Arif Latif/ Nur Mohd Azryn (Pusingan Pertama)

Aaron Chia/ Soh Wooi Yik (Pusingan Kedua)

Perseorangan Lelalki
Liew Daren (Pusingan Pertama)
Lee Zii Jia (Pusingan Kedua)

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)