LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan akhir Copa Del Rey, Piala FA , Piala jerman dan Piala Perancis

Kejohanan bolasepak Liga Eropah akan tamat dalam bulan ini. Kesemua juara Liga telahpun diketahui. Pada pagi ini akan berlangsung Piala terakhir dalam kejohanan domestik bagi pasukan bolasepak di Eropah. Ramai yang akan menantikan pasukan mana yang akan menang dalam piala domestik.

Keputusan Akhir Piala FA 2015

Bagi Kejohanan Liga Inggeris, pasukan Chelsea telah ditabalkan sebagai juara dan pagi ini pula berlangsung kejohanan kalah mati tertua. Kejohanan Piala FA 2015 menemukan skuad Arsenal menentang pasukan Aston Villa. Berdasarkan rekod pasukan Arsenal memiliki kelebihan namun pasukan Aston Villa yang melonjak pada saat akhir mempunyai kemampuan tersendiri.
Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Wembley ini akan berlangsung pada pukul 12.30 pagi masa tempatan. Pasti ramai peminat bolasepak England akan menanti di kaca televisyen pada pagi ini. Siapakah akan menang?

Arsenal vs Aston Villa (1-0) 4-0

40′ Walcott (ARS)

50′ Alexis (ARS)

62′ Mertesacker (ARS)

90′ + 2 Giroud (ARS)

Penyokong Arsenal tersenyum apabila pasukan mereka dapat mengekalkan Piala FA yang dimenangi pada tahun lepas

Keputusan akhir Copa Del Rey 2015

Selain kejohanan Piala FA, di Sepanyol juara Liga Barcelona akan menentang Athletic Bilbao. Walaupun Barcelona cukup gah dan dijangka tidak mengalami masalah menumbangkan Bilabao namun ia bukan petanda skuad bintang Barcelona perlu bermain sambil lewa. Kejutan mampu dilakukan oleh pasukan pertengahan Liga ini untuk menumbangkan skuad juara ini.
Mampukah Bilbao melakukan kejutan atau Barcelona akan terus menambah koleksi kedua Piala pada tahun ini?

El-Athletic-de-Bilbao-rival-del-Barça-en-la-Copa-del-Rey-20142015-580x361

Barcelona vs Athletic Bilbao 3-1

20′ Messi (BAR)
36′ Neymar (BAR)
74′ Messi (BAR)
79′ Inaki William (BIL)

** Seperti dijangka Barcelona berjaya menumbangkan Bilbao dan sekali lagi pemain terbaik dunia, Lionel Messi memberikan magiknya

Keputusan akhir Piala Jerman 2015

Kejohanan Piala Jerman pula menemukan pasukan Borussia Dortmund menentang skuad VFL Wolfsburg. Berdasarkan prestasi semasa, Wolfsburg lebih menyinar dengan menduduki tangga kedua liga. Namun Dortmund yang sebelum ini menyinar perlu kembali bangkit untuk sekurang-kurangnya menjamin tempat di Liga Europa.
Pasukan manakah yang akan mendapatkan Piala Jerman 2015 kali ini?

Borussia Dortmund vs Wolfsburg 1-3

5′ Aumeyyang (DORT)

22′ Luis Gustavo (WFL)

33′ Kevin De Bruyne (WFL)

38′ Bas Doast (WFL)

** Wolfburg berjaya mendapatkan trofi dengan menundukkan Dortmound.

Keputusan akhir Piala Perancis 2015

Kejohanan akhir iaitu Piala Perancis 2015 akan menemukan pasukan bintang Paris St Germain menentang Auxerre. Dijangka pasukan Paris St Germain mampu menang sekaligus menyapu bersih kejohanan tempatan Perancis namun Auxerre mampu melakukan kejutan. Mampukah Auxerre menumbangkan ego pasukan bintang ini?

blog_1100x570_Coupe-France

Paris St Germain vs Auxerre 1-0

64′ E. Cavani (PSG)

** PSG menang tipis untuk mengesahkan piala domestik disapu pada tahun ini

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)