Keputusan akhir badminton terbuka Malaysia 2014 – 2 pemain negara menang

Hari ini berlangsungnya perlawanan akhir badminton terbuka Malaysia 2014. Malaysia mempunyai 2 wakil di peringkat akhir iaitu pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dan pemain beregu negara, Lim Khim Wah/ Goh V Shem. Pasti kedua wakil negara itu ingin mendapatkan kemenangan pertama pada tahun ini.
Keputusan kejohanan telahpun diketahui dan nampaknya berita gembira dikhabarkan oleh kedua-dua wakil negara apabila mereka berjaya menjuarai kejohanan tersebut. Lee Chong Wei berjaya menumbangkan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto dengan ‘straight set’ 21-19, 21-9. Ini merupakan kemenangan ke 10 bagi pemain no 1 dunia itu sekaligus akan menyukarkan lagi pemain lain untuk memecah rekod lagenda sukan badminton negara ni.

Bagi pemain beregu pula, Goh V Shem/Lim Khim Wah telah menumpaskan pasangan baharu dari Cina Chai Biao/ Hong Wei dengan ‘straight set’ iaitu 21-19, 21-18. Pasti kemenangan ini menggembirakan peminat badminton negara terutama bagi beregu negara.

Goh-V-Shem-Lim-Khim-Wah
Mungkin kemenangan pasangan beregu negara ini sedikit memberi sinar dalam pasukan badminton negara. Cuma yang menyedihkan barisan skuad pelapis perseorangan negara serta kategori lain masih tidak berubah. Mungkin pihak berkaitan perlu mengambil insiatif untuk memastikan kejayaan prestasi badminton negara.
Selain itu, dalam kategori lain, ianya dikuasai oleh pemain badminton China.

Berikut merupakan keputusan badminton terbuka Malaysia 2014

Perseorangan Wanita
Li Xuerui vs Wang Shixian 21-16, 21-17

Beregu Wanita
Bao Yixin/ Tang Jinhua vs Matsutomo/Takahashi Ayaka 21-19, 14-21, 21-13

Beregu Lelaki
Goh V Shem/Lim Khim Wah vs Chai Biao/ Hong Wei 21-19, 21-18

Beregu Campuran
Xu Chen/Ma Jin vs Fischer Nielsen Joachim/ Pedersen Christinna 21-11, 17-21, 21-13

Perseorangan Lelaki
Lee Chong Wei vs Tommy Sugiarto 21-19, 21-9

Tahniah kepada pemain negara yang berjaya memenangi kejohanan ini.

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Keputusan akhir badminton terbuka Malaysia 2014 – 2 pemain negara menang

  1. Masih terlalu awal utk memuji Goh V Shem/Lim Khim Wah namun kejayaan pertama ni di harap menyuntik semangat dan keyakinan mereka. Ia juga sekaligus meringankan beban KKK-TBH utk mengalas tugas di kejohanan2 diseluruh dunia.
    As for Datuk Lee, biarpun kalah di Korea tempohari di Malaysia sori lah. Kejuaraan mmg milik DLCW.

    • mungkin tahun ni last bagi lee chong wei.. cepat2 la ada pemain perseorangan negara lain yang mampu ke depan.. sekurang2nya kena dpt sorang pemain yg mampu sampai ke peringkat separuh akhir kejohanan.. sekarang ni takde..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.