Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

image upload
Pernahkah anda mengalami situasi dimana ahli dalam facebook dan twitter membuang anda dari senarainya? Kenapa ia berlaku? Berikut merupakan beberapa situasi yang mungkin menjadi penyebabnya :-
1. Asyik spam je kat wall, timeline. Ajak masuk program cepat kaya la, promo link secara melampau dan sebagainya. Kalau sejam berpuluh link dipromo memang sakit hatilah orang lain. Tu yang dikeluarkan dari senarai tu..
2. Sombong dan berlagak bila menulis status. Kadang-kadang orang tak selesa dengan gaya yang kononnya hebat tu..
3. Selalu melalut tak tentu pasal. Kalau artis mungkin orang layan lagi tapi kalau manusia biasa cam si Zool memang kena keluarlah..
4. Kaki mencarut. Kadang-kadang tak selesa bila baca timeline/wall mencarut-carut ni. Rasa terganggu pula sedangkan masuk ke fb atau twitter untuk rehatkan minda. Ada juga yang bergaduh sesama sendiri kat laman sosial ni.
5. Letak avatar yang menganggu terutama dengan gambar yang agak panas.
6. Selalu buat kenyataan tak puas hati dengan sana sini. Kadang-kadang mengundang rasa tak puas hati dikalangan yang mengikuti.
Okay cukuplah setakat ini. Kalau anda mempunyai alasan lain bolehlah kongsikan bersama.
Sekian.




yerrr … member b3njy juga ada membuang beberapa senarai friendnya tetapi b3njy masih dikekalkan … tetapi kalau jadi friend pun sekadar pameran je tak der fungsi buat apa juga … kena sake pun oklah sebab tak der kesan pun.
Reply
zool
Reply:
May 3rd, 2011 at 20:12
biasalah.. kadang2 ada yang tak selesa dgn member list.
Reply
kekadang aku buang juga..bila tengok merepek aje lebih, buang aje. habis cerita..
Reply
zool
Reply:
May 3rd, 2011 at 21:01
betul2.. melampau merepek memang buang..
Reply