Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Tahun 2013 telah pun datang dan hari ini sesetengah dari kita bercuti dan ada yang bekerja. Walaupun dinamakan hari pekerja namun saya terpaksa ke pejabat untuk melakukan tugas-tugas penutupan tahunan. Alhamdulillah tiada masalah penutupan berlaku. Tidak seperti tahun lepas yang memang ada permasalahan teknikal.
Sambil itu, penulisan blog tidak mendapat cuti hari tahun baru. Yelah, kalau cuti maka semakin teruklah posisi blog ini di alam maya ini. Bercerita tentang posisi blog, traffik blog ligakampung.com ini telah mengalami kejatuhan mendadak pada bulan Disember yang lalu. Nampaknya kejatuhan itu masih belum mampu dibangkitkan kembali dan setakat ini blog ini masih statik di kadar 1++ pengunjung sehari.

Memandangkan tiada peningkatan, maka saya melakukan kaji selidik. Melalui kajian tersebut antara sebab-sebab kejatuhan blog ini mungkin akibat perkara berikut :-
1. Bounce rate yang tinggi iaitu sekitar 78.67% dalam bulan Disember yang lalu. Ini merupakan satu nilai yang teramat tinggi bagi sesebuah blog. Mungkin akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Harap-harap bolehlah dapat kurangkan ke 50% pada bulan Januari 2013 ni. Kalau dapat bounce rate cam Anakulucheka.com gempak juga. Mesti up gila traffik nanti.
2. Kesilapan setting. Di wordpress ada satu tempat untuk ‘reading settings’ dan saya telah melakukan kesilapan besar. Cuba tengok gambar di bawah ni
Apa agaknya kesilapan? Perasan tak? Ok, saya telah mengklik ‘Discourage search engines from indexing this site’. Mungkin sebab tak pandai Bahasa Inggeris tu yang klik tu. Ingatkan suruh Search Engine indeks blog ni tapi sebaliknya. Ini juga berlaku pada blog ‘niche’ saya yang lain.
3. Terlalu mengikut teori SEO. Antara SEO yang diikuti ialah bagi memastikan page ni laju sampai membuang beberapa widget yang berpotensi untuk pengunjung klik ke post lain. Walaupun menambah beberapa widget dan menambah post di page utama namun saya masih meminimakan agar ‘page loading’ masih laju. Harap begitulah kan.
4. Broken link yang banyak. Bila terlalu banyak link yang tak boleh dipakai pasti ia memberi kesan kepada posisi blog ini di enjin carian. Ini berlaku pada entri yang mempunyai link yang sudah tidak berfungsi terutamanya hosting gambar FreeImagehosting.net yang pernah menyebabkan blog ini menjadi malware seketika.
Selain itu banyak yang perlu diperbaiki antaranya :-
1. Mengemaskini ‘broken link’ dalam blog ligakampung.com setiap hari. Nasib baik ada plugin yang membantu menyemak link-link yang semak tu.
2. Bermain dengan penggunaan SEO dengan lebih baik. Perlu bijak menggunakan h1, h2,h3 dalam entri. Juga bijak menggunakan tajuk-tajuk yang mampu menarik perhatian pembaca.
Selain itu, kena menjadikan entri berita seunik yang mungkin. Ye lah, nak kejar SEO kena guna entri terkini tapi tak bolehlah main ‘copy paste’ je kan. Siapa nak datang baca kan?
3. Belajar dan belajar. Sekarang ni saya mula kembali membaca cara untuk meningkat traffik, rendahkan bounce rate dan sebagainya. Harap-harap sedikit ilmu itu mampu digunakan dalam blog-blog saya. Selain membaca saya juga bertanya dengan pakar-pakar dalam SEO ini.
4. Menggunakan plugin yang sesuai. Menggunakan wordpress, banyak membantu. Terkini saya menggunakan plugin ‘CommentLuv’ yang membantu memberikan backlink kepada komentar.
![]()
Okay cukuplah setakat ini. Kalau anda ada idea untuk membantu meningkatkan traffik blog ini bolehlah taip di kotak komen di bawah. Ia juga boleh membantu orang lain disana.

Ini ‘google analytic’ ligakampung.com untuk 1 Januari 2013 setakat jam 5.00 petang tadi. Traffik memang masih rendah tapi nampaknya ‘bounce rate’ hari ni ada penurunan.
Sekian.



kira power juga ilmu SEO bro ni yek
hairulafiz recently posted…Selamat Tahun Baru 2013
Reply
zool
Reply:
January 1st, 2013 at 21:51
tak power mana pun
zool recently posted…Glucose in the blood
Reply
hairulafiz
Reply:
January 3rd, 2013 at 15:35
okaylah tu trafik masih lagi mencanak
hairulafiz recently posted…Pendaftaran Pas Bermusim Liga Malaysia 2013
Reply
tak pe bro, tu kira ok dah
In Syaa Allah tahun 2013 pasti menjanjikan sesuatu yg menarik
tapi perlu kerja keras sikit utk menggapainya…
jom baca statistik blog auc esok akan keluar, mungkin sedikit sebanyak membantu bro…
auc recently posted…Tops 10 Blogger Bulan Disember 2012
Reply
zool
Reply:
January 1st, 2013 at 21:52
Harap begitula. yup. esok akan tengok dan belajar.
Reply
banyak ilmu unttuk aku dalam entri ni
terima kasih banyak
moga2 tahun ni akan lebih meriah lagi, bro
TehR recently posted…Sekeping Poskad Misteri
Reply
zool
Reply:
January 2nd, 2013 at 14:28
Ada lah sikit ilmu yang dijumpai
Reply
bro.. good luck bro.. sama2 kita berusaha untuk tingkatkan traffic untuk tahun 2013 ni
boni kacak recently posted…Cerita Lawak : Malam Tahun Baru 2013
Reply
zool
Reply:
January 2nd, 2013 at 14:29
Harap begitulah
Reply
Aku pun masih belajar lagi apa itu H1 2 3.. H1N1 tahulah.. har3
bounce rate 70+ ok tuh brother.. Aku baru2 ni baru turun ke 60+.. insyaAllah perlahan2..
nurmisnan recently posted…IPHONE 5 GADGET IMPIAN
Reply
zool
Reply:
January 2nd, 2013 at 14:30
hehehe saja je tulis h1 .. sebab ada problem kat editor nak letak / sebenarnya
Reply
saya pun belajar lagi untuk naikkan traffic….
Reply
zool
Reply:
January 2nd, 2013 at 14:32
sama-samalah belajar
Reply
Kesilapan teknikal yang tidak disengajakan. Nasib baik dapat jumpa masalah.
akubiomed recently posted…Penutup tahunku 2012 yang kacak
Reply
zool
Reply:
January 2nd, 2013 at 14:39
jumpa kesilapan tapi masih belum mampu diperbaiki
Reply
oklah tu. aku rasa blog ko ni kira kuat gak seonya.
Reply
zool
Reply:
January 2nd, 2013 at 21:50
masih rendah SEO berbanding blog ko
Reply
kira ok lah tuh..yg penting, branding ligakampung ni fokus pada apa? cari sesuatu yg unik, yang orang cari nak ke blog, bukan hanya fokus pada entry hot semata-mata..
boleh nak buat entry hot, tp pastikan SEO dalam artikel tu bukan caca marba punya..org kata, sekali tulis, dah bertahun pun orang cari juga..mcm apa aku nampak, dari segi post pasal liga malaysia, aku rasa ko patut teruskan n buat proper kandungan.
lagi satu, kalau nk bercuti ke, standby le apa2 post untuk schedule posting.koman2 pun masa ko cuti, blog tetap update..tp pasal deindex tu, memang ketara betul.tu maybe punca utama visitor x ramai dah..
Reply
zool
Reply:
January 2nd, 2013 at 21:51
ok.. terima kasih untuk info tu.
Reply
lepas ni pasti mantap trafiknya
Mus recently posted…Merakam Gelagat Manusia Di Pasar Tamu Tuaran, Sabah
Reply