Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tak lama lagi Aidilfitri menjelma dan nampaknya ramai yang bersiap sedia beli baju raya.. Walau bagaimanapun saya cuba untuk lari sekejap dari menulis berkenaan raya dan berkongsi pendapat tentang tajuk diatas..

Medium sms merupakan salah satu cara untuk berhubung dengan cepat dan murah tanpa perlu bercakap.. Walau bagaimanapun terdapat situasi di mana sms yang dihantar tidak dibalas oleh si penerima.. Kenapa agaknya??? Jom kita sama-sama tengok pendapat si Zool melalui pengamatan dan pengalaman beliau..

SMS
Antara sebab-sebab sms tidak dibalas adalah seperti berikut:-

1. Kredit penerima sms dah habis.. Jadi tolonglah topupkan untuk dia.. ALa si Zool pun boleh topupkan.. Dia tokei topup apa..
2. Dia memang tak suka kat anda le tu.. Macam mana nak tau dia tak suka kat anda?? Hantar sms selang 2-3 hari untuk dapatkan respons.. Kalau takde gak respon maka jawapan no 2 ni memang sesuai..
3. Handphone beliau rosak.. Sebab tu dia tak balas sms anda.. Jadi tolonglah support dia dengan membelikan sebuah handphone baru.. Mesti lepas ni dia akan selalu balas sms anda..
4. Dia tengah sibuk .. Ye lah kadang-kadang anda menghantar sms pada waktu dia tengah meeting ke, buat keje, tengah drive,tengah dating, tengah mop lantai.. Tu yang tak dapat balas pun.. Lepas tu dah sibuk2 mana nak ingat nak balas smskan..
5. Mungkin ayat-ayat dalam sms anda tidak menarik untuk si penerima membalasnya.. Situasi ini sering berlaku kepada si ZOol di mana penerima tak berminat untuk membaca sms beliau.. Huhuhuhuhu..
6. Mungkin juga anda terhantar ke orang lain.. Mana taukan nombor yang anda hantar tidak kepada penyampai yang diingini. Jadi masalah kalau sms untuk awek dihantar kepada orang yang tidak diingini.. Masak woo..

Itu sahaja beberapa idea dari saya kenapa sms tidak dibalas.. Mungkin anda semua ada idea yang lain…

p/s :- Idea hari ini agak santai tetapi sebenarnya boleh dijadikan panduan supaya kita tidak cepat meradang kalau sms tidak dibalas.

Related Posts with Thumbnails
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments (7)