LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kenapa skuad Harimau Muda masih gagal di Sukan Asia ?

Semua peminat bolasepak tempatan sudah mengetahui episod kegagalan skuad bolasepak bawah 23 tahun untuk meneruskan perjuangan ke peringkat suku akhir. Tumpas kepada Arab Saudi pada perlawanan terakhir kumpulan A telah meranapkan impian untuk melakar kejutan ke suku akhir.
Perlawanan yang berkesudahan skuad Harimau Malaya tumpas 0-3 beraksi dengan 10 pemain hampir 60 minit menghadirkan kritikan kepada para peminat bolasepak tempatan. Saya bukanlah pakar dalam bolasepak namun sebagai salah seorang peminat bolasepak tempatan mungkin perkara berikut adalah penyebabnya :-
HARIMAU MUDA / ASIAN GAMES INCHEON

Kekurangan pemain gantian (backup)
– Dalam kejohanan kali ini diperhatikan bahawa terdapat beberapa pemain utama yang pernah menjadi sandaran utama tidak beraksi. Pemain seperti Syahrul Azwari, Rozaimi Abd Rahman tiada dalam senarai akibat kecederaan. Penggantinya pula tidak setanding pemain-pemain ini. Begitu juga pemain-pemain yang pernah bersama Harimau Muda sebelum ini yang telah lebih had usia. Masih tiada yang mampu menggantikan mereka.

Keadaan fizikal yang masih tidak setanding
– Fizikal pemain kita masih tidak setanding dengan pasukan besar Asia. Lihat sahaja perbezaan dengan pemain Korea Selatan dan Arab Saudi. Mungkin pada awal-awal perlawanan skuad Malaysia masih mampu bersaing namun kelebihan fizikal pasukan lawan terserlah apabila perlawanan memasuki separuh masa kedua. Secara peribadi, saya merasakan skuad negara tidak mampu untuk menangani skuad Arab Saudi tempohari walaupun bermain 11 orang pada separuh masa kedua.
Masalah stamina yang rendah sudah lama diperkatakan namun nampaknya masih sukar untuk diatasi. Cuba kita lihat pasukan bolasepak hebat yang masih mampu bersaing dalam satu perlawanan walaupun kekurangan satu pemain.

Kelemahan mental
– Kelemahan mental juga menjadi satu isu. Ketika perlawanan menentang Arab Saudi tempohari didapati terdapat ramai pemain Malaysia yang kurang kesabaran sehingga mendapat kad kuning. Ia memberi impak kepada persembahan pasukan.

Kurang keserasian
– Secara peribadi, isu kurang keserasian adalah pelik. Ini kerana kebanyakan dari pemain yang beraksi telah bersama dalam tempoh yang lama. Bukan sekadar untuk perlawanan Sukan Asia, kebanyakan mereka telah bersama sebelum ini. Entah apa silapnya, mereka tidak mampu membentuk pasukan sendiri sehingga berharap pada pemain-pemain di Liga Super dan pemain senior. Ini memang mengejutkan apatah lagi pasukan ini baru menjalani latihan di New Zealand.

Kesilapan strategi jurulatih
– Jurulatih juga memainkan peranan dalam kegagalan. Secara peribadi, penukaran Junior Estadl sebagai penyerang pada separuh masa kedua amat mengejutkan. Pemain yang tidak biasa bermain dalam posisi tersebut pastinya sukar memberi impak dan ia berlaku pada perlawanan menentang Arab tu.

Okay, cukuplah serba sedikit komen dari seorang peminat yang inginkan kejayaan pada pasukan bolasepak tempatan. Semoga pasukan bolasepak perlu belajar dan memperbaiki dari semasa ke semasa. Mungkin satu pembaharuan perlu dilakukan oleh pihak yang berkaitan.

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Kenapa skuad Harimau Muda masih gagal di Sukan Asia ?

  1. sebenarnya dalam pertemuan dengan arab saudi itu, aku rasa peluang kita sama 50-50. cuma bila zubir tidak ada, maka taktikal asal terpaksa berubah. kita tengok sebelum zubit hilang. kita boleh mengimbangi perlawanan dengan baik. tapi bila dah main 10 orang dengan menentang pasukan pilihan. memang menjadi misi mustahil.

    overall, aku puas hati permainan malaysia hari itu

  2. besar perbezaaannya bila main 10 orang atau 11 orang.

    dan arab saudi pandai guna kelebihan tu.

    Tak hairan kita kalah.

    Normal.

    Kalau seri.

    Itu ajaib.

    Kalau menang, itu lagi SUPER ajaib.

  3. kita belum berjaya kerana mentaliti belum setanding dengan pasukan yang bertanding..kita asyik melihat kekurangan berbanding kelebihan..ho..ho..

  4. Masih menyokonh Harima Malaya (tak kira Muda/Senior/U16), tetapi rasa hampa bila kalah. Rasa tak best dah nak tengok Sukan Asia 2014. Skuad negara Thailand dan Indonesai bernasib baik berada dalam kumpulan yang sama dan lawan yang lemah. Takpe kita susan startegi baru utntuk Sukan Sea 2015 dan Piala AFF 2014.. Mengaummm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)