Kenapa semakin tanggang jadinya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Baca berita kat Harian Metro tentang anak-anak yang semakin derhaka pada ibu memang menyedihkan. Betapa teruknya manusia zaman sekarang sehingga sanggup meninggalkan ibu keseorangan bertemankan kucing. Adakah terlalu hina ibu tua tersebut sehingga ditinggalkan sendirian tanpa ditemani mahupun diberikan bahan makanan sehingga terpaksa mengemis dengan orang lain. Takkan tiada terdetik dalam hati dengan jasa ibu yang telah mengendung selama 9 bulan sebelum dapat melihat cahaya dan menghirup udara di muka bumi.

Dan lebih menyayat hati bila baca berita mengenaianak menghalau ibu keluar dari rumah yang didiami. Malahan dimaki hamun ibu kandungnya sendiri.

Sedikit Petikan Berita tersebut

Hanya empat kucing ‘saudaraku’
“SUDAH 14 tahun nenek hidup bersendirian biarpun mempunyai anak dan cucu. Mujur ada kucing peliharaan sebagai peneman.
“Memang nenek amat sedih dan terkilan kerana terpaksa menghabiskan sisa hidup dengan keadaan begini, tetapi nenek reda kerana apa yang berlaku ini mungkin ada hikmah di sebaliknya,” luah Kamisah Senin.

Ibu tunggal berusia 74 tahun itu hidup berseorangan di Flat Sri Pulau Pinang, Cheras dengan hanya ditemani empat kucing peliharaannya biarpun mempunyai tujuh anak dan lebih 10 cucu
- MyMetro ( 21 Julai 2010)

Nasib ibu Si Tanggang
KUANTAN: Nasib seorang ibu tunggal dari Kampung Kubang Buaya di sini, tidak ubah seperti kisah ibu Si Tanggang apabila dia bukan saja dimaki-hamun anak kandung, malah turut dihalau insan yang dilahirkannya.
Lebih menyedihkan apabila anak yang pernah ditatang bagai minyak yang penuh satu ketika dulu, sanggup memanggilnya dengan gelaran babi, malah tidak mengaku lahir daripada rahim ibunya
-MyMetro ( 22.07.2010)

Mungkin si Zool tak memahami jiwa mereka-mereka ni tapi walau apa jua keadaan pun ibu adalah manusia yang patut dihormati oleh sesiapa jua, apatah lagi kalau ianya adalah ibu kandung sendiri. Bukan untuk dikeji dan dicerca. Harap-harap kita tak menjadi seperti mereka dan sentiasa taat kepada ibu kita. AMIN..


Uploaded with ImageShack.us
Batu kononnya adalah batu dari kisah Si Tanggang. Samada betul atau tidak hanya Tuhan yang mengetahuinya.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3120
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

6 Responses to “Kenapa semakin tanggang jadinya”

  1. farah wahidaNo Gravatar says:

    rase takut bila tiap kali baca pasal isu dunia yang makin ganas..kite manusia akhir zaman tp masih ramai yang lalai..semoga kita dijauhkan dari hati yang keji..amin..dan ingtlah syurga dibawah tapak kaki ibu..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le pasal.. ramai dah jadi tanggang.. jgn kita pun terlibat sama .

    Reply

  2. BbHussainNo Gravatar says:

    kekadang bila tanpa sengaja meninggikan suara kepada ibu pun rasa amat bersalah..inikan pula untuk membiarkannya hidup sendiri..minta la dijauhkan dari sifat2 yg zalim itu..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul2.. kalau derhaka pada ibu pasti akan mendapat balasan yang hebat dariNya

    Reply

  3. Ali ridhaNo Gravatar says:

    ingat ye wahai manusia.

    Reply

  4. firdausNo Gravatar says:

    2lh…hrp2 kite smua akan ambil iktibar yang apa pernah kita dengar dan lihat….

    Reply

Leave a Reply