Tudung-tudung menarik boleh dibeli dengan harga masyuk
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum.. Entah kenapa beberapa hari ini saya agak bersentimental.. Dan kadangkala tiba-tiba datang perasaan sedih dalam diri ini…
Sedih bukan sebab tengok cerita ‘ Hindustan’ bukan juga sedih kerana ditinggalkan kekasih.. Dan kesedihan itu tidak pula menyebabkan terkeluarnya ‘air mata’ yang membasahi pipi..
CUma ainya wujud dalam hati yang sedikit sebanyak mengundang persoalan kepada rakan-rakan samada online mahupun offline…

Mula-mula kita bincangkan dulu apa itu sedih.. Walaupun saya bukanlah pakar dalam bidang psikologi mahupun kaunseling tapi saya akan cuba memberikan takrifan tentang sedih berdasarkan pengalaman diri ini..
Sedih merupakan salah satu eksperisi diri dalam sesuatu individu selain dari keadaan ‘gembira’, ‘marah’ ,’terkejut’ dan sebagainya.. Memang perasaan sedih timbul akibat sesuatu insiden yang boleh menyebabkan hati tersentuh..
Sebagai contoh seperti ‘kehilangan seseorang’, ‘melihat nasib malang’ dan sebagainya..Bagi manusia kesedihan adalah sesuatu yang normal dan tidak semestinya ia berlaku pada wanita atau individu yang sensitif sahaja.. Ianya pasti akan dirasai oleh setiap orang kecuali hati yang terlalu keras,..

Berbalik semula kepada persoalan rakan-rakan kenapa si ZOol ni sedih?? Sebenarnya ada perkara-perkara yang menyebabkan kesedihan timbul dalam diri ini.. Walau bagaimanapun kesedihan itu cuma ada dalam diri sahaja.. Apa jua cabaran akan diharungi walaupun diakui hidup ini penuh dengan berbagai pancaroba,..
Tapi kepada kawan-kawan semua diharapkan jangan risau, tiada apa2 yang berlaku cuma perasaan sedih timbul bila mengenangkan masa-masa berlalu…. Masa yang ditinggalkan yang tak berjaya digunakan sebaik mungkin..

Tags:

10 Responses to “Kenapa Sedih???”

  1. jgn la sedih..huhu

    berkenaan earning advtlets tu..sabar la bro..tapi pada aku..kalau iklan tu tak berpotensi menjana wang..buat ape kita letak :)

    [Reply]

  2. sedih itu bagus untuk terapi jiwa, muhasabah diri. tapi jgn sampai berbulan-bulan bertahun-tahun sedihnya ya :) keep it up bro!

    [Reply]

  3. Alaa.. Besela Tu Sedih. Tapi Jangan Sedih² Sangat. Kerana Kesedihan Melampau Bakal Mengundang Padah.. Huhu.. Ceriakan Hari² Anda..

    [Reply]

  4. sedih ke? alalalalaa.. jom ikut saya jom~ huhu

    [Reply]

  5. sedih sbb teringat Arsenal kalah ngan Liverpool ari tu…hehe..

    //ok…aku dah hapdet blog 2 hari turut2…jgn lope bace tau… :D

    [Reply]

  6. Jangan sedih selalu bro, cheer up :)

    [Reply]

  7. syamsulariff –> ye lah.. tapi aku belum capai tahap minimum.. kalau dah minimum tak dapat jugak baru buang..
    razifmustapha –> hm kalau berbulan alamat dah teruk sangat tu..
    qaiyum –> tgh mencari cara untuk menceriakan diri..
    ixora –> ikut gi mana???
    kumb@ng –> orait nanti aku baca dalam kesedihan..
    norhafidz –> tq..

    [Reply]

  8. a’ah..btul ckp Qaiyum tu, sedih2 ni besalah..semlm aku sedih gak, itu pun tumpang sedeih kawan..die kena tinggal ngan gf die

    [Reply]

  9. samalah kita…diketika dan saat nie…aku pun dalam kesedihan jugak.

    Hidup tidak selalunya indah
    Langit tak selalu cerah
    Suram malam tak berbintang
    Itulah lukisan alam
    Begitulah aturan Tuhan

    anyway, la tahzan. jangan bersedih lamo-lamo lar deh.ingatan utk kawe,demo jugok saing2 sahabat yg membaca blog.. :)

    [Reply]

  10. kite semue ade hari di atas dan ada ari di bawah.

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>