Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rasanya agak lama saya tidak membicarakan tentang perkara-perkara berkaitan perumahan.. Disebabkan saya bekerja dalam bidang perumahan secara langsung jadi rasanya perlulah untuk saya menulis mengenai perkara diatas..
Saya rasa mungkin ramai dari para blogawan (ambil perkataan ‘Sebol’ ) yang pernah bercerita mengenai kepentingan membeli rumah.. Walaubagaimanapun saya tetap juga nak menulis artikel ini berdasarkan pengalaman saya dalam bidang ini…
Kalau ditanya secara mudah kenapa perlu beli rumah sudah pastinya akan ada banyak jawapan masing-masing.. Namun yang utamanya adalah sebagai aset samada untuk masa sekarang ataupun masa hadapan.. Walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara lain yang penting seperti berikut :-
1. Membeli rumah kerana ianya akan menjadi tempat untuk anda berteduh di waktu tua anda.. Ini penting kerana sekiranya anda menyewa ianya tidak akan menjadi hak anda.. Mungkin anda akan merempat jika tiada tempat tinggal..
2. Harga rumah berkemungkinan akan meningkat.. Walaupun pada tahun ni di US berlaku penurunan harga rumah pada tahun ini namun ianya jarang berlaku..
3. Ramai anak-anak muda amnya budak-budak Melayu yang terlalu taksub dengan kenderaan.. Modified sana, pasang spoiler, surbo dan sebagainya tetapi tidak menitikberatkan tentang harta di masa tua.. Sebenarnya harta patut dicari diwaktu muda ( saya pun agak terlewat).. Ini kerana di masa muda, peluang untuk mendapat pinjaman lebih tinggi.. Selain itu insuran juga dapat dikurangkan… Jadi jangan buang duit anda di tempat tak tentu arah..
4. Selain menjadi tempat tinggal, boleh juga dijadikan sebagai tempat untuk membuat projek-projek bisnes ( ops.. yang halal je tau..).. Mana tau nanti salah satu bilik boleh dijadikan SOHO cam Noorizam..
5. Dengan adanya rumah sendiri juga anda boleh bercucuk tanam dengan lebih tenang.. Tak perlu risau tuan rumah meng’komplen’.. Malahan kalau ada tanah-tanah lapang boleh tanam saderi, daun bawang.. Sambil-sambil boleh tempah baja dari si ZOol..![]()
Okaylah cukup setakat ini ..Amacam??.. Nampak tak kepentingan perlunya memiliki rumah.. Memang banyak lagi dalil-dalil untuk dinyatakan disini tapi rasanya 6 aspek tu cukuplah dulukan..
Insyallah saya akan berkongsi tentang lain-lain perkara berkaitan keperluan membeli rumah.. Itupun jika ada respons yang baik.. Almaklumlah topik ni agak serius jadi kebiasaannya kurang pertanyaan dari rakan-rakan pembaca semua..









syahril Reply:
March 16th, 2009 at 8:12 pm
salam, tumpang lalu semua..:-)
lokasi kat mana tu apple.?
[Reply]