LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kenapa pasukan sepaktakraw masih gagal ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Image Hosting

Antara sukan yang memberikan keputusan mengecewakan di Sukan SEA adalah sukan takraw. Impian untuk menumbangkan seteru utama, Thailand bukan sahaja gagal malahan pasukan kebangsaan kini kalah di tangan pasukan yang dulunya bukan cabaran Malaysia iaitu Indonesia. Sebenarnya ini bukan perkara baru, sebelum ini pun pasukan skuad takraw kebangsaan sering mengalami masalah ketika melawan pasukan Vietnam ataupun Myanmar. Dan rasanya pernah juga tewas kepada pasukan Singapura dalam SUkan SEA sebelum ini. Mula-mulanya canangan dari skuad takraw untuk merampas pingat emas nampak berkobar-kobar tapi impian musnah. Sudahlah kesemua regu pasukan negara tumbang di tangan pasukan Indonesia ketika di acara berpasukan, untuk regu pun tak mampu melangkah jauh.
Sememangnya ini menjadi isu besar dalam sukan negara kerana sukan takraw merupakan sukan rakyat bagi negara ini. Dahulunya kita gah dengan kekuatan pemain yang mampu melakukan servis kencang, mengangkat bola tajam dan melibas bola yang tak mampu diangkat. Namun kini pasukan yang dulunya amat ditakuti kini telah mula menjadi kerdil. Tidak mustahil satu hari nanti pasukan Eropah mampu mengalahkan pasukan kita kalau tiada sesuatu dilakukan. Kenapa agaknya pasukan sepaktakraw masih gagal di peringkat antarabangsa? Berikut merupakan pandangan saya :-

1. Pihak pengurusan Persatuan Takraw Malaysia yang ditanggungjawab untuk memajukan sukan ini perlu mengambil keputusan drastik. Mungkin mereka yang gagal membimbing perlu berundur. Ini kerana tiada kejayaan membanggakan bagi pasukan takraw kebangsaan. Pemain-pemain perlu dirombak, jurulatih perlu ditukar dan mungkin pengurusan juga perlu di struktur semula. Buang ego dalam diri untuk berundur dan beri peluang kepada mereka yang mungkin mampu membantu skuad kebangsaan.
Kurangkan politikus dalam persatuan sebaliknya tumpukan kepada cara untuk memajukan sukan sepaktakraw ni…
2. Promosi untuk sukan takraw ni. Sebenarnya ramai yang beranggapan sukan takraw ini adalah untuk orang kampung sahaja menyebabkan ramai yang tidak ambil serius. Sekiranya sukan ini dikembangkan mungkin juga ia memberikan kepercayaan kepada rakyat Malaysia untuk menceburi sukan ini. Usaha KFC-Utusan mengadakan kejohanan sepaktakraw yang menawarkan hadiah lumayan mungkin salah satu usaha yang baik dari syarikat korporat.
Usaha pihak produksi perfileman dengan membuat filem ‘Libas’ berdasarkan sukan sepaktakraw wajar dipuji. Walaupun filem tersebut tidak mencapai tahap box-office tapi sekurang-kurangnya ia boleh memberi inspirasi kepada orang muda di negara kita.
3. Sekolah-sekolah di negara kita perlu mencari bakat dengan baik. Sukan sepaktakraw ni masih dimainkan oleh anak-anak muda di Malaysia terutama di sekitar kampung-kampung. Namun sukar bakat mereka dikesan jika pemilihan hanya dilakukan di peringkat sekolah ternama je…
4. Teknik baru perlu dikaji. Jika Thailand cukup terkenal dengan servis kuda, kita juga perlu mencari idea baru. Baru-baru ini ada satu servis menarik diperkenalkan ketika perlawanan akhir sepaktakraw Utusan-KFC. Mungkin servis tersebut boleh dikaji dan menjadi senjata baru pasukan kita.

Okay cukuplah sedikit komen. Semoga kekalahan ini bukanlah penanda kejatuhan sukan sepaktakraw negara kita sebaliknya ia menjadi pemangkin untuk pasukan kita bangkit dan terus menjadi kuasa besar dalam sukan sepaktakraw. Bagaimana pula pendapat anda? Coretkanlah disini..

Sekian.

p/s :- Si Zool memang kaki bangku main takraw ni. Memang tak pandai nak ‘tatang’ (timang) bola takraw tu.. Komen je bolehlah..

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)