Kenapa nak pengunjung 1,000 sehari

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Image Source and Bandwith :- Astrosurf

Beberapa hari lalu saya ada menulis di facebook mengenai keinginan untuk mencapai 1,000 unik pengunjung sehari. Memang bukan kerja mudah tapi tiada yang mustahil dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Walaupun bukanlah seorang pakar SEO macam topotato (amende SEO tu?? CEO taulah…) tapi niat di hati memang nak mencapai pengunjung ribuan sehari. Kenapa agaknya si Zool nak sangat capai 1,000 pengunjung sehari ye?? Berikut merupakan antara sebab musabab alasan si Zool :-

1. Jeles tengok orang muda cam Khai dapat tarik pembaca ramai-ramai. Kalau nak dikira dari tatabahasa rasanya si Zool lebih bagus kot dari beliau..
2. Bila dapat pengunjung ramai bermakna kepopularitian bertambah. Walaupun kat Jabatan Ketua Menteri Melaka takde sapa yang kenal si Zool tapi kat alam maya ramai yang tau siapa Zool Ligakampung.
3. Dapat iklan sambil menambah pendapatan. Bila blog makin dikenali maka dapatlah menarik sedikit sebanyak pengiklan. Dapatlah kumpul duit nak buat hantaran kahwin. Ha ha ha ha….. Boleh ke??
4. Bertambah motivasi untuk menulis. Ye lah bila pengunjung dah ramai mesti lembaran komen makin mencanak-canak naik. Sampai tak menang tangan nak balas balik. Mestilah rasa bangga bila baca komen-komen membina ( komen negative dibuang terus).. He he he .. Apa da asyik ketawa je..
5. Rangkaian kawan-kawan semakin bertambah. Ye lah mana tau ada kalangan pembaca boleh menjadi kawan-kawan di luar. Kalau rasa nak merayau kat mana-mana dah tak jadi masalah..

Ada yang mengatakan pencapaian 1,000 itu susah kerana ‘kita bukan sesiapa’ tetapi kita kena bersikap positif. Mungkin benar penulis hebat yang menggila traffik cam Kennysia, Redmummy, Sebol mempunyai skill tersendiri tapi percayalah menulis bukanlah memerlukan anda mempunyai kekuatan seperti Hulk Hogan, skill gelecek seperti Cristiano Ronaldo atau panduan pantas seperti Valentino Rossi. Yang penting tulis dengan idea sendiri. Insyaallah jalan terbentang luas untuk makin ke hadapan…

Okay rasa cukuplah setakat ini persoalan ‘kenapa si Zool nak dapat 1,000 pengunjung sehari’.

p/s :- Minggu ini menjadi ‘tension’ sebab tiba-tiba datang keje bertimbun. Sistem problem, kena buat HRMIS, katrij printer opis abis, disuruh buat broucher. Yang kelakonya tetiba je terpapar iklan SK- II Christmast Promotion SS kat blog.. Eh perlukah si Zool menggunakannya?? Ha ha ha..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :915
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

17 Responses to “Kenapa nak pengunjung 1,000 sehari”

  1. kenwooiNo Gravatar says:

    who doesnt want more visitors? lol..
    but i think my blog cant reach 1k a day…
    quite impossible for the meantime.. =P

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    why not??? your blog is funny and attractive enough..
    I think you can reach 1K easily.. And your blog in English with nicely picture.. Your audience is more wider.. I think you can reach it in meantime..

    Play with SEO (ops.. I don’t know what is SEO but all blogger talk about it..) and you can reach the traffic.. :)

    Reply

    kenwooiNo Gravatar Reply:

    i dont know how to play with SEO.. lol..
    maybe i should explore it one day.. =P
    thanks!

    Reply

  2. eyriqazzNo Gravatar says:

    Thanks for sharing it..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    just came from my mind..

    Reply

  3. beliamudaNo Gravatar says:

    sape tak nak kan trafik banyak.. cme, kena prepare dengan bandwidth jugak la…

    Reply

  4. KujieNo Gravatar says:

    pelan-pelan…lama2 adalah

    kak jie dulu bermula dgn trafik 20-50 orang juga

    Reply

  5. megatNo Gravatar says:

    nak capai separuh tu dah separuh nafas. tapi aku tak pernah berputus asa sebab aku berpendapatan dunia blog negara masih diperingkat awal.

    memang tidak boleh dibandingkan dengan blog yang berbahasa inggeris. tapi tidak mustahil untuk capai 1K sehari, ramai kawan2 kita sudah capai tahap itu kan?

    curi la trafik dari blog derang (kah3) tapi biarlah mengikut cara yang betul ;)

    Reply

  6. zoolNo Gravatar says:

    beliamuda –> bandwith sudah semestinya..
    kujie –> pelan2 jalan takpe. kalau pelan kat takuk lama tak leh gak..
    megat –> insyaallah akan tercapai.. aku pun ada musim tertentu baru dpt 1K tu..

    Reply

  7. farahaznilNo Gravatar says:

    seo tu klu tak silap..main dgn kata2 dlm penulisan..dan klu nak kata tu mudah di detect…kata tu perlu di boldkan..alah..senang aje nak main seo ni..buat 2 atau 3 kali artikel yg sama cuma belit2kan artikel tu..dah tu search kat google..better klik blog sndr..dgn cara tu..leh la dpt tangga teratas dlm page google..hi hi hi

    p/s-huhhuu..pki teka aje concept seo tu..tp tak tahulah betul atau x.. =p

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ooo.. camtu rupanya.. terima kasih kerana mengajar.. saya budak tak pandai SEO.. dapat belajo satu yang baru.. :)

    Reply

  8. AdneyNo Gravatar says:

    Salam zool.. cukup indah bile dengar harapan zool. Saye juga mempunyai harapan. tapi saye berpegang pada prinsip John Chow dalam bukunye, “Menulislah Untuk Pembaca, bukan menulsi kerana trafik”.. dan die ade terang, trafik dan kepopularitian blog akan meningkat dengan sendirinya bila reader suke ape yg kite tulis..

    Nanti kemudian hari, sampai satu tahap, kite sudah boleh berkira2 untuk bermain SEO + Untuk Pelawat pule.. Saya juga tidak memunyai trafik yang tinggi tetapi sentiase meningkat bulan demi bulan.. Alhamdulillah..

    Perihal komen negatif pule, saye selalunye akan biar saje komen tersebut.. kadang2 mmg rase nak down je bace, tpi kdg2 pandangan org luar menjadikan kita lebih peka bile menulis untuk entri seterusnye.

    Saya doakan impian zool menjadi kenyataan suatu hari nanti.

    Apa yang penting sekarang adalah:
    “Sudah Terserlah yang zool mmg benar2 minat berblogging”..

    :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    thanks adney dgn penerangan panjang lebar dan bernas sekali…
    betul prinsip John Chow tu..
    saya buat target sebab dah 2 tahun berblog takkan masih di takuk lamakan.. mesti kena ada pencapaian kan.. Saya nak jadikan blog ni sebagai batu loncatan untuk berjaya…

    tentang komen negatif tu setuju.. kalau layan sgt komen negatif bukan setakat blh down.. penulisan pun leh terganggu.. saya pernah layan provoke dari peng’komen’.. asyik nak tunggu dia balas je… last2 pk balik.. buang masa je layan… baik buat artikel baru..

    Reply

  9. AdneyNo Gravatar says:

    hehe.. dan saya juga berpendapat, komen2 yg negatif itu dibiarkan saje tanpe dipadam melainkan komen2 spam tu lain cerite la kan..

    Kdg2 ade reader2 lain yg terbace komen negatif tu dan balas semule.. secare langsung wujud satu perbincangan sesame mereka.. dan kite mencelah bila sampai tahap..

    huhu.. hanye pendapat..

    Reply

  10. titanNo Gravatar says:

    Kita tulis apa yang kita nak tulis. Tapi biarlah sampai ke tujuan kita tu. Nak trafik, nak orang kenal kita, nak cari duit sampingan. Apapun, usaha sungguh-sungguh. Insya-Allah, kita dapat apa yang kita nak.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tq.. pendapat bernas dari pakar CEO.. OPs SEO..

    Reply

  11. nonoNo Gravatar says:

    all the best with your target. :)

    Reply

Leave a Reply