Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Kenapa membaca blog ligakampung.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Hari ni masih kecewa sebab PC masih belum diperbaiki. Terpaksa menggunakan laptop adik yang agak sukar untuk ditekan. Takpelah sementara tu. Nanti bila blog-blog dah meletup bolehlah mencari ganti laptop. AMIN..

Image Hotlinking Source :- Thealarmclock

Dalam minggu ini saya banyak melakukan aktiviti ‘jalan-jalan blog ( blogwalking) ‘ ke blog-blog personal. Blog yang lebih banyak menceritakan tentang diri pemilik blog. Ada cerita pakai baju cantik, jumpa awek/pakwe dan bermacam kehidupan seharian. Yang lebih menarik kadangkala siap dengan maki hamun orang lain.

Saya tidak akan mengkritik blog mereka kerana ianya adalah hakmilik masing-masing. Selagi ianya tidak melanggar akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia maka mereka berhak untuk menulis di dalam alam maya ini.

Dalam melawat blog-blog tersebut saya cuba membandingkan blog personal yang top. Memang banyak bezanya dari segi jumlah komentar. Jika blog ligakampung.com hanya sekadar mampu mendapat komentar dalam lingkungan berbelas satu artikel tapi blog personal tersebut mampu mencecah puluhan malahan ratusan dengan hanya menampal gambar-gambar dan sediki tulisan. Bila melakukan perbandingan saya dapati kekalahannya adalah dari segi gambar. Ye lah blog tersebut dihiasi dengan gambar pemilik yang cun sebaliknya blog ini lebih kepada bebelan budak kampung. Tapi tak mengapa, walaupun tak ramai komentar tapi pengunjung sesat masih boleh menarik pelancong pelawat ke blog ini. Cuma kadangkala agak cemburu dengan traffik mereka. Mana taknya, si Zool sibuk cari ilmu pasal CEO SEO, promo kat FB, twitter dan memacam lagi, tapi blog yang ‘design’ serupa untuk bertahun mampu mengaut ribuan pengunjung.

Kepad anda yang membaca blog ini mungkin mempunyai sebab tertentu membaca blog ini. Adakah anda membaca blog ini kerana :-

1. Kesian kat si Zool. Ye lah kawan lama, mestilah bantu. Itu pun bukak kejap je.. Baca sekali imbas lepas tu pangkah.. Takpe walaupun sekejap tapi lawatan anda tetap membantu kawan-kawanku.
2. Berkongsi pendapat tentang sesuatu. Saya perhatikan ada beberapa blogger cam Beliamuda, Megat yang selalu memberikan pendapat yang kritis. Kadangkala Safar, Sebol mahupun Kak Jie memberi buah fikiran. Yang lain-lain pun ada sesekali meninggalkan jejak. Terima kasih sebab meninggalkan tanda di blog tak seberapa ni..
3. Saja nak dapat backlink atau pelanggan.. Ada juga yang tinggalkan komen untuk dapat backlink ataupun pelanggan. Tak jadi masalah pada saya tapi diharap yang tulisan itu relevan. Janganlah saya tulis artikel pasal limau nipis tapi anda nak promo ‘Viagra’ pula.. Memang nak kena lepuk lah tu.
4. Nak berkenalan dengan si Zool .. Ha ha ha.. Yang ni mungkin mitos je kot..:)
5. Seronok baca artikel di ligakampung.com. Walaupun saya bukanlah hebat dalam penyusunan ayat mahupun idea-idea namun saya yakin mungkin ada yang menyukai gaya tulisan. Mungkin agak skema berbanding blog lain tetapi ini merupakan cara blog ini dan tidak perlu ditukar..
6. Mendapatkan maklumat. Saya dapati separuh dari pengunjung yang sesat mencari sesuatu yang ditulis dalam blog ini. Seperti maklumat autisme, sindrom down, PTD. Mungkin dalam blog ini tidaklah diterangkan secara detail tentang perkara tersebut tapi diharap perkongsian ilmu yang dicatat dalam blog ini mampu membantu.

Okay. Berikut merupakan beberapa sebab kenapa anda membaca blog ini. Sekiranya anda mempunyai alasan lain mungkin boleh dikongsikan di ruangan komen di bawah. Tapi kalau malu-malu tak mengapa, tiada paksaan..

p/s :- Pergh sedar tak sedar dah 500 perkataan dicatat dalam entri ni.Bukan selalu si ZOol tulis panjang-panjang ni..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 59
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

18 comments to Kenapa membaca blog ligakampung.com

  • Teruskan berusaha zool.mana tahu esok lusa
    boleh melatop blog ligakampung ni.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    AMIN.. semoga melatop dan mampu beli laptop

    Reply

  • sbb apa ye sy suka baca blog zool ni..hi hi hi..nak kenal dgn zool kot =p..hahaha…kenal n brkenan dgn gaya tulisan zool ni sebenarnya..rahin update blog..

    p/s-ok la tu ada juga yg bg komen..huhhuu

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    huhuhuhuhuhu.. ada kena gossip kang ni…

    Reply

    farahaznilNo Gravatar Reply:

    gosip??alah…relax la…sekali sekala berbloging..kita perlu gosip panas…hi hi hi

    Reply

  • betul jugak banyak blog personal yang letak gambar je (biasanya perempuan) ada ramai pembaca… dan pemnbacanya mesti ramai laki kan…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul.. letak gambo.. tulis sikit lebih kurang.. ribu2 pengunjung.. cuba kalau aku buat camtu.. 2-3 org je dtg… tu pun aku, adik aku.. :)

    Reply

  • koko…

    aku baca blog kau, sebab kau nie zool @ tiecho…

    Hehehe…

    Lagi satu, sebab nama dia ligakampung. Ligakampung tu agak dekat dengan aku…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tau.. pilihan no 1 kan.. takpe sekurang2nya ada gak kawan yang menghargai bait2 tulisan aku ..:)

    Reply

  • ini pendapat aku pula merangkap jawapan kepada beberapa persoalan yang kau timbulkan sendiri iaitu,

    1. kesian. tidak timbul kerana bagi aku sesiapa yang boleh menarik perhatian aku untuk membaca maka aku tetap akan baca dan tinggalkan jejak. nak tahu penulisan seseorang bagus atau tidak jangan sesekali cepat buat keputusan untuk pangkah! kecuali pilihanraya (he3)

    2. jujur. hidup di dunia maya ini seperti mana hidup di dunia realiti. bermakna aku tidak suka berpura-pura. di dunia realiti aku macam tu, di dunia maya pun aku seperti itu. secara tak langsung apa yang kita terbitkan dari diri sendiri yang asli ;)

    3. releven. aku sependapat dgn ko. apatah lagi penulisan aku seringkali punyai sambungannya. belum bincang habis tentang sesuatu topik dah sibuk bincang topik lain di dalam komen (hu3). ko rasa komen aku ini relevan tak? (he3)

    4. berkenalan. aku memang nak cari kawan ramai-ramai pun. tak salahkan? manalah tahu di suatu masa akan datang boleh berjumpa ;)

    5. setuju. jadi diri sendiri. mungkin bukan pada hari ini mungkin pada masa akan datang akan popular sebab kita kena tahu satu perkara entri lama adalah mahal!

    6. maklumat. biasanya apabila sesuatu blog itu sudah berumur lebih setahun dan update hari-hari, sudah pastilah blog tersebut punyai simpanan entri yang banyak. maka dengan itu sememangnya menjadi kebarangkalian pencarian di enjin carian. hebat bukan? sebab itulah aku mencari keyword yang sedang panas dan bakal panas pada masa akan datang ;)

    jangan risau komen aku ikhlas demi untuk blogger tempatan. lagi satu blog BI mungkin boleh mendapat tempat sebab marginnya besar tetapi blog BM masih punyai margin yang kecil.

    tetapi tidak mustahil suatu hari nanti yang lama akan popular di sebabkan kita adalah pelapis pertama dalam dunia blog temaptan. sia[a tahu kan?

    semoga kita sukses!

    Reply

    farahaznilNo Gravatar Reply:

    haha..tgk tu smgt megat..chaiyok2

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    panjang lebar plak penjelasan megat ni.. tapi bagus lah jugak.. mungkin ada perkataan ko yang ditangkap oleh google. :)

    Reply

  • mcm mana tahu cukup 500??

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    er.. kalau guna wordpress dia ada tulis berapa perkataan dah tulis….
    :)

    Reply

  • it boils down on the purpose of blogging la zool. the purpose of blogging must be in line with your interest. jangan paksa2 sangat nak menulis or refrain from menulis apa yg ko nak. just taip adjer. janji ko dapat kongsi something yang menarik untuk bloggers yang lain.

    it is very difficult to please everyone, let alone pleasing certain quarters. so keep on writing. selagi ada peredaran bulan & bintang, dan ko masih mampu menaip, keep on writing adjer.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    sekali cakap omputeh da…
    aku tak pandai cakap omputeh plak..
    yes.. I agree with you.. :)

    Reply

  • Saya baca blog Zool sebab Zool kawan blogger saya. :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    terima kasih kawan..

    Reply

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>