Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kenapa Malaysia masih tidak layak ke Piala Dunia 2014

Mungkin sesetengah dari kita terbaca keratan akhbar Berita Harian 30 Julai 1999 di media sosial atau internet mengenai sasaran FAM untuk layak ke Piala Dunia 2014. Nampaknya impian yang diharapkan 15 tahun yang lalu masih tinggal harapan. Skuad bolasepak negara masih belum berjaya untuk ke Piala Dunia malahan untuk menakluk ASEAN juga menghadapi kepayahan apatah lagi untuk menjadi wakil bagi pasukan Asia ke Piala Dunia.
piala-dunia-2014
Mengapa ini terjadi? Sedangkan kemudahan yang dimiliki oleh Malaysia cukup baik. Dengan stadium yang menepati piawaian, memiliki sekolah sukan yang khas untuk bolasepak namun taraf dan kualiti masih ditakuk lama? Sebagai salah seorang peminat bolasepak tempatan pastinya ingin melihat pasukan negara ke Piala Dunia adalah sesuatu yang diimpikan. Melihat pemain bolasepak menyarung jersi bolasepak menentang pasukan bertaraf tinggi di kejohanan bolasepak teragung dunia menjadi idaman kita.
Namun sampai bila ? Apakah kita tidak mampu untuk ke sana? Pada pandangan saya yang cetek ilmu, mungkin beberapa perkara perlu diperbaiki seperti berikut :-

1) Menjadikan sukan bolasepak ini sebagai satu industri yang besar. Buat masa sekarang, sukan bolasepak masih belum diyakini terutama oleh ibubapa. Selain itu, industri bolasepak belum cukup kuat di Malaysia untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan. Terdapat beberapa nama pemain muda yang hilang sebelum di usia kemuncaknya.

| SENARAI PEMAIN BOLASEPAK TERKAYA DUNIA |

2) Menjadikan pemain tempatan berdaya saing dengan bermain di liga luar. Kalau kita lihat sekarang ni, pemain Malaysia dihantar hanya untuk menjalani latihan. Malahan ada pemain yang bermain untuk kelab luar tetapi hanya bertahan untuk jangka masa pendek. Seeloknya, pemain-pemain berpotensi di cungkil pada usia seawal 12 tahun untuk dihantar bermain diluar negara. Mungkin pihak FAM takut untuk mengambil risiko kerana ada pemain yang gagal diluar tapi itu adalah salah satu risikonya. Lebih banyak pemain muda bermain diluar mungkin lebih besar peluang untuk mendapat pemain yang bagus.
Selain itu, pemain muda tempatan perlu dihantar ke liga yang berpotensi. Tidak semesti di liga yang besar di Eropah tapi memadai liga yang sederhana seperti di Greece, Belgium, Switzerland. Terdapat banyak pemain luar yang berjaya dari kelab-kelab di liga tersebut.
3) Pihak pengurusan FAM perlu mencari nafas baru. Kita sedia maklum Presiden FAM telah berubah namun masih ramai peminat yang tidak yakin dengan kemampuan Tengku Abdullah. Diharap beliau melakukan perubahan drastik dalam organisasi FAM supaya akan tercapai hasrat ke Piala Dunia.
4) Liga bolasepak Malaysia perlu dimajukan. Untuk lebih berdaya saing, Liga Malaysia perlu menjadi lebih kukuh. Bukan hanya di peringkat tempatan sahaja, sepatutnya mereka perlu bersaing dan menjadi johan di peringkat kelab Asia. Jangan hanya beraksi diperingkat kumpulan atau pusingan kedua sahaja. Mereka perlu mencapai hingga ke juara. Dengan ini, para pemain akan lebih berpengalaman dan akan menjadi lebih baik.
5) Pihak pengurusan perlu mengambil berat tentang ranking FIFA. Ia adalah penanda aras yang amat penting untuk skuad bolasepak negara mengejar impian ke Piala Dunia. Jadikan matlamat setiap tahun untuk memperbaiki ranking.
6) Sasaran 2014 tidak dibuat dengan baik. Tiada pelan terbaik dan tak ramai yang mengetahuinya. Mungkin selepas ini, pengurusan FAM perlu menjadikan sasaran untuk ke Piala Dunia sebagai KPI mereka. Jika dahulu memilih tahun 2014 mungkin kali ini mereka boleh mensasarkan tahun 2016 untuk ke Piala Dunia. Sebelum itu, mereka perlu mempunyai pelan ke sana. Contohnya, sasarkan untuk menjadi juara Piala AFC , juara Sukan SEA, juara Sukan Asia dan juara Asia.

Memang ada yang menganggap misi ke Piala Dunia adalah mustahil. Tapi ia bukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan. Tak gitu?
Ini sekadar pendapat dari seorang peminat bolasepak yang mungkin tidak mempunyai kelayakan tapi mungkin boleh dijadikan sebagai satu input untuk pihak berkaitan.

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Kenapa Malaysia masih tidak layak ke Piala Dunia 2014

  1. Sekarang dah nampak sikit perubahan pada mutu bolasepak malaysia. Badan bertanggungjawab kena ubah cara untuk tingkatkan kualiti permainan dan pemain Malaysia. Bukan mencari salah dan salahkan orang lain.

  2. target yang biasa dulu baru target yang luar biasa,,pemain malaysia semuanya berbakat..cuma jangan bermain sebab tawaran lumayan. ini menyebabkan semangat kesukanan itu tidak ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)