Kenapa kita perlu belajar berenang ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Salah satu impian admin adalah ingin belajar berenang. Memang agak menyedihkan apabila umur telah melangkau hampir ke 40-an namun masih tak pandai berenang. Tapi itu bukan alasan untuk berhenti kerana impian untuk belajar berenang itu tetap ada.

Untuk itu admin  mendapatkan ebook Panduan Belajar Berenang bagi mempelajari teknik yang betul untuk berenang. Ianya merupakan sebuah panduan yang cukup baik, apatah lagi nak belajar dengan jurulatih pasti memerlukan kos dan komitmen yang tinggi.

kelas-belajar-berenang

Jadi melalui ebook ini saya boleh mengikut panduan dan tak perlu nak mendaftar di mana-mana kelas renang. Cukup belajar dan mempraktikkannya di Kolam Ayer Panas Bemban yang mempunyai kolam renang kecil untuk tempat berlatih. Sebelum ini pernah bercadang untuk berlatih di kolam renang di Krubong tapi agak sukar untuk pergi ke sana ditambah lagi kalau nak belajar tanpa kawan. Memang ada rasa segan juga kalau nak belajar.

Berbalik kepada persoalan diatas, mengapakah kita perlu belajar berenang ? Berikut merupakan antara sebab utama untuk kita belajar berenang :-

1) Kesihatan. Berenang merupakan antara aktiviti yang baik untuk kesihatan. Mengikut beberapa maklumat, ianya mampu mengurangkan berat badan, menguatkan jantung, meningkatkan tenaga serta membina otot. Ia juga mampu meningkatkan pengaliran oksigen di dalam badan. Ini dapat membantu meningkatkan stamina serta memberikan kesihatan yang baik pada badan kita.

2) Mengurangkan stress. Aktiviti berenang ini memang menyegarkan. Dengan merendam badan dalam air dapat menghilangkan kepanasan dalam otak sekaligus dapat menyegarkan diri.

3) Sunnah Nabi. Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslimin dinyatakan ‘Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah’. Jadi sudah pasti saranan Nabi itu memberi banyak faedah kepada kita.

4) Membentuk tubuh yang lebih segak. Kalau kita lihat atlet renang kebanyakan mempunyai dada yang bidang. Ini adalah hasil dari renangan yang dilakukan oleh mereka yang membina otot terbaik. Ia juga merupakan satu cara terbaik untuk menjadikan tubuh badan lebih sasa. Bukan nak mengurat mana-mana awek tapi cukup untuk membuat isteri terpikat. Tak gitu?

5) Bercita-cita untuk mengajar anak. Insyallah, kalau diizinkan olehNya ingin sekali saya membawa anak ke kolam renang untuk beriadah. Pasti kena tahu berenang lepas tu bolehlah ajar anak. Takkan bapa tak tahu nak berenang lepas tu nak suruh jurulatih pula yang ajar kan? Tak berapa ngam lah camtu.

Impian untuk ajar anak berenang
Impian untuk ajar anak berenang

6) Meningkatkan keyakinan diri. Walaupun admin tidaklah takut dengan air tapi mempunyai masalah keyakinan diri dan takut lemas. Mungkin jika berjaya berenang keyakinan diri akan lebih bertambah bukan sahaja pada aktiviti renang tapi pada kehidupan seharian amnya.

7) Boleh sertai rakan kalau pergi ke kolam mandi di hotel. Kadangkala bila ada program luar dan memerlukan aktiviti ini, biasanya admin akan rasa terpinggir. Almaklumlah tak de skill berenang, tapi bila dah boleh berenang nanti mungkin tak malu kalau nak masuk kolam renang.

8) Bolehlah selalu balik kampung isteri untuk berenang di laut. Kalau dah pandai berenang mungkin lebih rajin untuk balik kampung di Kuala Linggi, Melaka. Almaklumlah rumah pusaka tak berapa jauh dari pantai.  Memang seronok kalau dapat berenang dan berendam di pantai tersebut.

9) Persediaan sekiranya berlaku perkara melibatkan air. Sebagai contoh kalau berlaku banjir atau dapat membantu mangsa yang lemas. Ia merupakan perkara yang tidak dijangka tapi boleh berlaku.

Kucing pun kena berenang ketika banjir, Apatah lagi manusia kan
Kucing pun kena berenang ketika banjir, Apatah lagi manusia kan

10 ) Aktiviti menyeronokkan. Berenang juga merupakan aktiviti riadah yang menyeronokkan. Jadi perlulah dipelajari kan? Apatah lagi telah diketahui faedahnya yang cukup banyak tu.

Itulah serba sedikit sebab mengapa kita  perlu belajar berenang. Rasanya tidak terlalu lambat untuk bermula belajar berenang selagi masih mampu bergerak dan bernafas di muka bumi ini.

Kalau ada sesiapa yang malu dan segan nak belajar berenang secara formal  tapi ada niat nak belajar, eloklah dapatkan ebook di bawah ni..

Panduan Cara Mudah untuk Belajar Berenang
zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

14 thoughts on “Kenapa kita perlu belajar berenang ?

    1. @Anuar, cuba je bro.. try dapatkan ebook tu sebagai panduan.. saya pun tak pandai tapi dah bolehlah sikit-sikit.. insyallah lepas baca panduan tu , saya nak cuba di kolam renang berhampiran…
      bagus berenang ni

  1. Aku memang nak sangat belajar berenang, tapi kalau masuk kolam renang je mesti telinga masuk air, boleh keluar air tu takpe ni sampai 1 hari tak dengar. Terus malas nak masuk kolam. haha

Leave a Reply