LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kenapa jadual Liga Malaysia padat

Liga Malaysia 2016 tahun ini cukup padat sehingga Kerjamasa Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) selaku badan pengelola mendapat kritikan yang hebat dari pemerhati, pengendali dan penyokong bola sepak negara.
Ketua Pegawai Eksekutif FMLPP , Kevin Ramalingan dalam kenyataan menjawab beberapa persoalan tentang jadual yang dibentuk sebelum ini.

Dalam taklimat media yang di adakan di Wisma FAM, beliau memaklumkan bahawa jadual ini telah dipersetujui pasukan ketika sesi taklimat yang diadakan sebelum liga ini dimulakan.
Menurutnya perlawanan Liga M tetap sama sejak 2009 dimana tiada pasukan akan bermain lebih daripada 40 kali semusim.
Menurutnya “Kebanyakan pasukan hanya bermain dalam lingkungan 30 atau 32 perlawanan sahaja. Manakala bagi pasukan yang tidak terlibat dengan Piala Malaysia dan Piala FA contohnya Pulau Pinang hanya bermain 23 kali sahaja. Jadi untuk mengatakan jadual padat adalah amat tidak relevan,”.

flmpp

Beliau juga membuat perbandingan antara pasukan Kelantan, Liverpool dan Sevilla.
“Kalau nak kata, liga kita teruk, liga luar negara lagi padat. Contohnya Liverpool, pada tahun lalu mereka bermain 30 perlawanan untuk tempoh selang dua hari. Manakala Sevilla bermain 27 perlawanan untuk tempoh selang dua hari.

“Berbeza dengan Kelantan yang hanya bermain 10 perlawanan untuk tempoh selang dua hari. Bagaimana mereka survive? Mereka pandai gilirkan pemain.

“Kita juga bagi kebenaran untuk setiap pasukan daftar seramai 30 pemain untuk satu pasukan musim ini,” katanya.

Beliau juga menjelaskan isu liga dan Piala Malaysia dijalankan serentak bagi mengelak rehat panjang kepada pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia.

– SINAR HARIAN

// Penjelasan yang ada benarnya. Tapi mungkin kena cari kaedah yang lebih baik. Pada pendapat ligakampung.com, mungkin pada bulan Ramadhan boleh diadakan 4 perlawanan bagi mengurangkan padatnya perlawanan seperti sekarang. Mungkin juga pihak pasukan boleh memberikan cadangan yang bernas untuk menjadikan Liga Malaysia ini menarik.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)