Kenapa Blog Personal boleh top

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Agak bosan hari ni.. Bukan takde keje tapi perasaan malas membelengu tubuh badan ni.. Terasa seperti ingin melompat dari bangunan Seri Negeri .. Tapi apakan daya si Zool tidak mempunyai keupayaan untuk melampaui graviti apatah lagi melakukan aktiviti terbang seperti Superman. Hanya memandang paparan komputer yang sudah pasti menambahkan lagi kesilauan mata. Cukuplah melalut.. Kalau merapu alamat sepuluh muka pun tak habis jadi terus ke tajuk utama.

Mungkin anda yang membaca blog ni merupakan individu yang mengetahui tentang struktur blog yang berbeza berbanding website , portal dan yang sekawan dengannya.. Dan sudah pasti anda mempunyai minat tersendiri dalam pembacaan blog. Kebiasaanya blog yang mempunyai tajuk khusus ( niche) akan mempunyai pengunjung tersendiri. Contoh macam blog Paultan, yang popular dengan kereta. Tidak mustahillah blog sebegini menjadi popular kerana ianya mempunyai ramai pengikutnya.. Tapi bagaimana pula dengan blog yang hanya menceritakan tentang hal peribadi?? Sebagai seorang penjegah blog yang agak aktif saya dapati memang banyak blog-blog personal yang mempunyai ribuan pengunjung.. Memang ianya menjadi bibit persoalan dalam diri ini.. Dan berikut merupakan beberapa kesimpulan yang dapat dibuat..

1. Personal blog artis. Dah tentulah top kan sebab diorang ada peminat tersendiri. Jadi fanatician mereka sudah pasti sering memfollow’ perkembangan memasing..
2. Cerita tentang masa lalu.. Eh ternyanyi lagu Aizat plak.. Penulisan artikel masa lalu yang mampu mendapat perhatian pembaca.. Sebagai contoh artikel khai mengenai kisah cinta agungnya (kononnya lah).. Kebijaksanaan beliau mengarap kisah frustnya mendapat perhatian ramai.Kagum betul bila baca beratus komen kat sana. Er kalau cerita cinta si ZOol, agak-agak ada orang tinggal komen tak??
3. Artikel personal yang menulis mengenai hal-hal berkaitan hidup kebanyakan orang. Contoh macam blog Redmummy yang bercerita tentang kehidupan beliau serta kisah shopping2. Ops tak lupa yang beliau suka cerita pasal hal-hal barang2 merah… Dah tentu ramai kaum Hawa minat dengan aktiviti tersebut sekaligus menjadi pengunjung setia blog beliau..
4. Mempunyai daya tarikan tatkala pengunjung melihat blog..Blog Aisyahrozi antara yang menarik perhatian terutama bila ada gambar-gambar beliau.. Mungkin ramai setuju ngan saya.. Betul tak??
5. Dipenuhi gambar-gambar yang menceritakan apa yang nak diceritakan.. Huhuhuhuhuhu..paham tak?? Contoh cam blog Saffawati mengenai outing kat KLCC,ada lebih kurang 11 gambar ditampal kat artikel tu.. Kalau nak diikutkan takde cerita sangat ditulis tapi gambar memberi seribu makna…

Rasanya cukup la pendapat saya tentang mengapa sesebuah personal blog boleh menjadi popular.. Mungkin ada tertinggal sebab anda semua lebih caiyok berbanding si ZOol ni..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1020
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

36 Responses to “Kenapa Blog Personal boleh top”

  1. blinkkyNo Gravatar says:

    Kadang-kadang kita selalu lawat blog personal sebab kita kenal orang tu.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul tu .. selalu org yang kita kenal ..
    tapi ada gak blog personal yang kita tak kenal tapi kita lawat lepas tu jadi pelawat setia…

    Reply

  2. KNizamNo Gravatar says:

    blog aku dah makin tak personal. haha :)

    Reply

  3. Betul tu… blog personal tu leh jadi femes dengan content yang menarik… pastinya ramai followers….

    Reply

  4. lisaNo Gravatar says:

    blog personal yg dok cerita pasal apa yg dia buat?bangun pukol brapa?harini kuar dating ngn sapa?kalau aku jmpa blog mcm ni.,.mmg aku blah terus!xda mklumat yg berguna pn kalau masuk..hoho

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tapi ada gak blog camni yang popular malahan beratus kali ganda traffik nya berbanding blog ligakampung ni

    Reply

    SaffaNo Gravatar Reply:

    Saffa pun pelik. Kalaulah saffa tulis 2-3 kerat jer.. tapi beratus komen saffa dapat. kan best.. haha..

    p/s: pelik-pelik. ajaib betul blog personal yang camni. kagum saffa! haha

    Reply

  5. mariaNo Gravatar says:

    Salam….Sy akan jd pembaca blog klu nak cari info utk hobi & kerja. Sometime for motivation….

    Reply

  6. cencurutNo Gravatar says:

    err… blog gua dalam kategori apa aaaa…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    aku kategori kan blog ko sebagai blog pakar adsense..
    sbb melambak adsense…

    he ehhe.. jgn marah gua ek.. nanti kena jual….

    Reply

    cencurutNo Gravatar Reply:

    hahaha…. gua bukan pakar adsense… hahaha

    tapi sajer jer… letak adsense.. sebab blog bahasa PPSMI .. hehehe….. kalau blog BM gua letak Quezzo Qwik la.. hahaha…

    wei.. nak promote nie.. blog BM gua.. http://cipantapirtenuk.blogspot.com/

    Reply

  7. otak chippanNo Gravatar says:

    hoho….rupanya blog personal ni lagi banyak tarik trafik dari blog niche..ek???erm,aku raser blog niche kalau digabungkan dengan Adsense
    and letak kat social bookmarking + Facebook….fuhhhhh…..
    melimpah ruah macam hujan trafik kao…..termasuklah blog aku yang hidup segan mati tak mau??????

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak semestinya blog personal boleh tarik trafik byk.. kalau ikutkan blog niche lagi ramai pengikut setianya…
    tapi cuba ko tengok blog kennysia.com .. cerita takde niche sgt tapi top 10 blog bro…
    er kenapa letak adsense boleh melimpah ruah trafik ye?? konfius yg tu….
    tentang letak kat social bookmarking tu memang bagus untuk tambah trafik tapi jgn terlalu bergantung padanya… kadang2 letak artikel berpuluh social bookmarking tapi content 4-5 baris je… byk mende nak tulis..
    tak caya tanya rohaizad.com

    Reply

  8. safarNo Gravatar says:

    blog tanpa artikel pun trafik boleh naik juga

    Reply

  9. KhaiNo Gravatar says:

    Poyo gile mamat Khai tu cerita pasal cinta agung la kononnya! kahkah.. booo sama dia…..

    p.s: thanks bro!

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Booo …. tapi kalau ko belanja aku layan go-kart aku tak tulis lagi pasal ko..

    Reply

  10. HidayahNo Gravatar says:

    bro, camner nak dpt duit from nuffnang bebanyak???

    Reply

  11. zoolNo Gravatar says:

    hidayah — > camne nak dapat duit nuffnang bebanyak?? Susah ni sebab saya pun tak de la byk dpt pun…
    tapi berdasarkan pesanan tok guru, kena dpt ramai pengunjung… kurang-kurang 1,000 pengunjung sehari.. baru masyuk,.. blog ni lum capai tahap tu lagi.. kalau dah berjaya nanti saya ajor, tapi adalah pengerasnya.. 15 ekor kambing gurun.. boleh??

    Reply

  12. Fatin PauziNo Gravatar says:

    Cakap pasal blog personal, aku baru je ade blog personal. Baru berusia 10 hari. kuangkuangkuang.

    Reply

  13. Mr.BintangNo Gravatar says:

    Ntah nye.. jeles aku.. kadang² kan ade la satu blog tu.. post simple je.. aku pun pnah wat.. tp die punya komen mak oi!! berduyun dtg ngomen.. sdgkan aku pernah wat post yg kebetulan hampir sama.. hampeh.. cekedis jee.. hahaha.. best gilew.. kekeke..

    Reply

  14. adib.No Gravatar says:

    sangat setuju dengan point yg di beri. rasa2 kena buat syarat wajib terhadap blogger…mesti ada kamera..supaya mudah update dgn gambar..lg pon bleh upload flickr terus ke blog mcm knizam slalu duk bt…aku suka..

    Reply

  15. loqNo Gravatar says:

    pasal khai die memang dah ada satu tarikan kat blog die
    dan pengaruh pon kuat.Terutama dari budak forum tu
    dan aisyah rozi memang cool..theme yang die buat sendiri memang akan membuat orang datang lagi.Dan tentang saffa,theme tu pon aisyah rozi yang buatkan.hehe
    theme pon mainkan peranan penting jugak kan?
    selain dari gaya penulisan yang hebat untuk tackle readers

    Reply

  16. Melayu BolehNo Gravatar says:

    Maybe melambangkan keperibadian kita..:)

    p/s: jom exchange link..

    Reply

  17. eldyNo Gravatar says:

    hai zool .. mereka top tak top gua peduli ape .. tapi nuffnang ads milik zool tu cam salah letak tempat la, tu bukan sidebar ads ke ? apasal pulak letak kat tengah-tengah content ?! sakit mata gua .. XD

    sebenarnaya personal blog itu berkait rapat dgn personaliti yang menulis blog tu .. tengok kennysia (pengunjung sehari dier 8000+ sehari) .. (gua minat dia sbab dia baik, cre8tive, lawak, mesra .. n more >.^) !!

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Huhuhuhu.. nak cari duit sikit.. letak kat sidebar tak masyuk…
    nanti saya akan adjustkan..

    Reply

  18. fazamaniaNo Gravatar says:

    personal blog lebih mantap sebab dlm masa yg sama dah jadi satu komuniti tempat lepak blogger’s yg lain2 .. itu belum lagi traffik dpd social networking yg lain ….

    walau apa pun , blog encik nh dah PR2 … jom exchange link.. ~~ hoho

    Reply

  19. abdfatahNo Gravatar says:

    nak tarik trafik kaww kaww jugak laa sampai 8000 sehari… mesti kaww punya income masyuk…

    Reply

  20. Melayu BolehNo Gravatar says:

    personal blog memang leh pergi jauh kalau kene caranya. Tapi klu untuk income, kurang sesuai la.. :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tapi blog redmummy tu leh tahan income gak.. kalau blog niche2 ni

    Reply

  21. firdauzNo Gravatar says:

    yang tu la aku benggong memikirkan nyer.

    Reply

  22. shahrulNo Gravatar says:

    X tau la, ape yg org ska sgt pd cerita peribadi ni.
    Buat la cite ayam ke, kambing ke. Jd documentary, kekeke

    Reply

  23. mad ayahNo Gravatar says:

    blog redmummy pernah mencecah 8 ribu ringgit sebulan, busuk2 dia nya income 5,6 ribu sebulan yang dia dapat totally dari advertorial nuffnang, dia pernah letak lam blog, income nuffnang ada lebih 30ribu ringgit. tapi susah nak tengok dia nya income sebab dia selalu protected entrykan, takut income tax kejar aku dengar (aku pernah mintak password, 3 kali mintak pun tak pernah dapat, dia sangat berhati2 woooo)

    kalo korang tengok advertorial dia yang dia dapat, berpuluh2 gila. aku dapat tau dari mulut2 bloggers lain, client yang kebanyakkannya cina memang tangkap redmummy utk product diorang.

    dia number satu for melayu blogger wanita, tapi kennysia bukan 8 ribu per day lah, hits dia lebih 20ribu perday. hits redmummy dalam 5 ribu kot.

    aku lebih follow redmummy sebab diorang laki bini memang helpful, aku mintak password tak dapat, tapi aku tanya pasal nuffnang, berderet2 dia bagi tips.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    pergh sebulan 5-6 ribu tu..
    gaji aku dlm 3 bulan tu.. siap campur kena maki ngan boss..
    dia rilek je…. tulis citer hal-hal umah tangga je..

    Reply

    encikbeliauNo Gravatar Reply:

    perghh! mantap income lebat camtuh..
    jeles rasenye…nih yg bersemangat nak berblog neh…

    Reply

  24. [...] Jun lalu saya ada menulis mengenai kenapa blog personal boleh top dan bila tengok Project Alpha lebih membuatkan lebih kagum. Apa taknya, 4 blogger yang saya lihat [...]

Leave a Reply