Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Mungkin kepada rakan-rakan pembaca yang sering mengikuti perkembangan blog ini perasan yang saya banyak membuat artikel mengenai pertanian..
Sebenarnya bukanlah susah untuk melakukan aktiviti berkebun ini sebagai hobi.. Memang ada yang memberikan alasan tiada tanah, kawasan dan sebagainya..
Tetapi rasanya ia tidak menjadi masalah jika kita ingin mencubanya.. Tanaman di pasu adalah satu alternatif.. Dan saya sendiri lebih banyak melakukan tanaman di dalam pasu kerana ianya lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana ( mana tau tak lama lagi akan berpindah ke..)
Jadi pada saya aktiviti berkebun tidak semestinya memerlukan kawasan yang luas.. Malahan di flat-flat pun banyak penghuni yang melakukan aktiviti ini.. Ada yang menanam pokok bunga, cili, daun bawang dan sebagainya . Jadi tiada masalahkan??
Secara amnya saya bukanlah seorang yang pakar dalam aktiviti pertanian namun terdapat beberapa perkara yang menyebabkan saya mula meminati aktiviti ini. Antaranya ialah
1. Dengan aktiviti ini, saya dapat memenuhkan masa terluang.. Jika sebelum ini aktiviti tidur memenuhi ruang cuti..
2. Perkenalan dengan YB cacing telah menyebabkan saya bereksperimentasi dengan keberkesanan bajanya.. Alhamdulillah setakat ini terdapat tanaman yang memberi impakmaksimapositif seperti daun sup , jagung dan bunga-bunga.
3. Jika sebelum ini jarang berpeluh dengan aktiviti ini saya dapat mengeluarkan sedikit peluh.. Ye lah dapat menyihatkan badan.. Asyik tercongok depan tv tengok bola je pun tak leh gak kan..
4. Berbakti kepada tanah.. Walaupun sedikit dan menggunakan pasu namun hasil yang dikeluarkan memberikan rasa bangga pada diri ini..
5. Idea untuk blog.. Jika sebelum ini saya banyak menulis secara merapu dan lebih kepada peribadi namun semenjak dua menjak ni idea tentang tanaman telah memberi sedikit faedah kepada pembaca. Melalui perkongsian maklumat sekurang-kurangnya memberi dan bertukar-tukar pengetahuan.
6. Idea untuk projek online dan offline.. Mungkin dengan sedikit pengetahuan mengenai tanaman pasu-pasu ni membolehkan saya berkecimpung dalam perniagaan samada online atau offline..
Cukup setakat ini beberapa perkara perkara kenapa saya berkebun.. Mungkin ada antara anda yang meminati aktiviti ini dan boleh berkongsi.. Kepada yang tak minat, saya harap cuba renung-renungkan perkara berikut kerana aktiviti ini bagus dan tidak memerlukan wang yang banyak.. Dan kalau nak cuba baja cacing untuk pokok bunga anda boleh contact saya... Sekian.
p/s :- Tanaman jagung di pasu dah mula bercambah.. Bendi kat ‘rumah’ pun dah tumbuh dengan baik walau tak berjaga.. Manakala daun sup/saderi lambat tumbesarannya tapi masih menampakkan perubahan .. Seronok bila tengok mereka membesar.. Jadi kepada rakan-rakan semua jom cuba tanam di pasu-pasu.. Insyallah ada hasilnya…
RSS Feed
Twitter



December 14th, 2008
zool
Posted in
Tags: 


mana gambar jagung terbaru ?
hehe
Reply
saya pun suka tanam-menanam nie..sejuk hati tgk pokok2 hijau.. : )
tp paling tak best skali duduk kt perantauan ni,bila blk dr bercuti panjang di M’sia,tgk2 ada pokok yang mati..sbb kt sini(bangkok)cuaca panas n takde lak org leh tgk2 kan..Emm,frust je..
Reply
sayangnya kawasan rumah aku tak de space untuk berkebun…
Reply
dok umah ala2 apartment, tak kasik orang berkebun.ahaha
Reply
Aq pun skang nie tengah usahakan nak tanam balik getah dengan ayah aq.
Mula2 mmg xcukup tangan nak handle…
Reply
ko memang rajin tul berkebun..x mustahil ko jadi petani berjaya lepas nih..
Reply
Saya suka idea awak…keliling rumah saya pun dipenuhi tanaman spt pokok kelapa.pisang.terung.labu dan cili.Dan sudah pastinya dihiasi pokok-pokok bunga orkid dan bunga kertas.Seronok bangun pagi melihat kehijauan di persekitaran rumah…
Reply
zool
Reply:
December 15th, 2008 at 14:25
betul-betul-betul..
Seronok pandang kehijauan alam..
Reply