BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » kehidupan » Kenapa berhenti kerja kerajaan ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Ramai dari orang di luar sana yang mengharapkan kerja di dalam sektor awam atau lebih dikenali dengan kerja kerajaan. Memang banyak kemudahan yang diperolehi apabila bekerja dalam perkhidmatan awam. Ada pencen, kemudahan hospital, pinjaman dan pelbagai lagi yang telah disediakan oleh kerajaan untuk kakitangannya. Malahan ramai juga ibubapa yang ingin bermenantukan anak dari kalangan pekerja dalam agensi kerajaan ini melihat kepada jaminan di masa hadapan. Mungkin anda sedia maklum bahawa si Zool juga merupakan salah seorang kakitangan awam dari agensi badan berkanun negeri. Memang kerja kerajaan mendapat banyak kemudahan namun tidak semua orang yang mampu meneruskan berkhidmat dalam perkhidmatan awam sehingga ke tarikh pencen. Ada yang mengambil persaraan awal, ada yang berhenti dan ada juga yang terpaksa diberhentikan.

Untuk entri kali ini si Zool ingin menulis mengenai kenapa berhenti kerja kerajaan setelah terbaca artikel di Kosmo mengenai seorang lelaki gagah yang juga blogger ternama, Ben Ashaari yang sanggup meninggalkan kerjaya dalam perkhidmatan awam untuk menjadi blogger merangkap suri rumah sepenuh masa. Selain dari beliau, terdapat juga rakan sejawatan yang berhenti dari jawatan tetap dalam agensi kerajaan baru-baru ini.
kerajaan malaysia
free picture hosting

Jadi di entri ini si Zool menulis beberapa sebab mengapa terdapat kakitangan awam yang berhenti kerja/bersara awal. Antaranya ialah :-

1. Mempunyai pendapatan lain melebihi dari gaji bersih yang diterima ketika berada di dalam perkhidmatan awam. Dalam kes Ben Ashaari, pendapatan dari blog beliau sudah mampu menampung kehidupan beliau seharian tanpa perlu bergantung pada pendapatan isteri. Sememangnya kalau mampu menjana pendapatan 3 kali ganda atau lebih dari gaji yang diterima di agensi kerajaan pastinya tiada masalah kalau hendak berhenti kerja. Elok kalau memberi peluang jawatan tersebut kepada orang luar yang masih terkial-kial untuk mencari kerja serta mendapat pendapatan.
2. Mengikut pasangan yang bekerja jauh. Ini berlaku pada salah seorang rakan yang sanggup berhenti kerja di agensi kerajaan Melaka kerana mengikut isterinya yang naik pangkat ke KL. Memang satu tindakan yang drastik namun beliau mempunyai sebab yang tersendiri.
3. Melakukan perkara yang bakal menjatuhkan imej agensi. Ini berlaku bagi mereka yang melakukan kesalahan besar. Sebelum kena buang dan mempunyai rekod yang buruk, lebih elok berhenti dulu.
4. Tidak berpuas hati dengan sistem di tempat kerja. Ada kes dimana terdapat kakitangan yang tidak berpuas hati samada dengan rakan sepejabat, boss, persekitaran atau kaedah kerja. Ada yang tidak suka dengan kerja yang diberikan yang dirasakan tidak sesuai dengan kelayakan.
5. Sudah tidak mampu untuk bekerja. Ada juga yang mengalami masalah kesihatan atau merasakan prestasi kerja menurun. Bagi mengelakkan kerja yang tidak sepatutnya, beliau mengambil keputusan berhenti.
6. Mendapat tawaran luar yang lebih lumayan. Kadangkala ada syarikat swasta atau GLC yang berminat dengan kakitangan awam yang baik. Mendapat tawaran yang berkali ganda lebih tinggi dari gaji sediada perlu diambil peluang.
7. Ingin menceburi bidang lain. Ada yang meninggalkan kerja kerajaan untuk mencuba bidang lain. Contoh seperti berniaga, pertanian, penternakan dan sebagainya. Mungkin mereka ingin mencuba sesuatu yang berlainan dari hidup sebagai kakitangan awam.
8. Terasa tidak terjamin. Ramai yang ingat kerja kerajaan mempunyai jaminan, namun sebenarnya tidak terutama bagi yang berjawatan kontrak. Bagi kakitangan kontrak, ada yang mencari kerja bertaraf tetap walaupun dari swasta atau GLC bagi memastikan jaminan di masa hadapan.

Okay cukuplah setakat itu. Mungkin ada lagi sebab-sebab kenapa terdapat kakitangan awam yang berhenti berkhidmat dalam kakitangan awam. Mungkin anda boleh tambah kot..

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :3073

22 thoughts on “Kenapa berhenti kerja kerajaan ?

  1. Kenapa berhenti kerja kerajaan ? | Blog Zool Ligakampung. says:

    [...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Kenapa berhenti kerja kerajaan ? | Blog Zool Ligakampung. [...]

  2. zikNo Gravatar says:

    mungkin juga ingin bekerja sendiri.. sebab dah cukup modal…..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ooo bagus la tu…
    semoga berjaya

    Reply

  3. bizbakhtiarNo Gravatar says:

    nak berhenti kerja just because nampak orang lain buat duit from i.e. blogging, business, is very risky… what you saw from ben is what he able to achieve after years of sweating and building momentum untuk sampai to that level… a good advice is to try building your side business while your dayjob…if it’s able to generate 3 times your salary consistently for the next 1 year, then it’s safe to retire and resume your side income full time…if not, just stick to your day job while do your side business online during weekend…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul la apa yang tuan bakhtiar katakan tu.. kalau tak boleh dapat lebih dari 3 kali ganda secara konsisten jangan lah berani nak berhenti…
    cuma dalam entri ni ada beberapa sebab lain kakitangan awam mengambil risiko berhenti kerja ..
    ada yang saya reka sendiri dan ada yang memang benar terjadi.. sekadar hiburan sahaja.

    Reply

  4. redlomoNo Gravatar says:

    rasanya.. sbb tak kena tahan dibuli dgn senior…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ada camtu ek??

    Reply

  5. Fauzi BluesNo Gravatar says:

    Betul..setuju dgn point2 yg diberikan..ada beberapa point yg sdg saya usahakan..andai suksus, boleh la resign..heheh..dlm masa yg sama syg plak nak resign.heheh

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oo..
    bagus lah tu,, semoga berjaya

    Reply

  6. sitiNo Gravatar says:

    assalam…

    saya salah sorg staf kerajaan. saya rasa nak henti keje, coz tak tahan kene buli n tocer mental ngan rakan sekerja seniorlah…..adui…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    pikir masak2.. jgn berhenti kerja kerana mereka.. cuba bersabar.. ini adat kerja dimana-mana sektor pun

    Reply

  7. lepakk.comNo Gravatar says:

    Sebenarnya dimana pun kita kerja tujuannya sama iaitu mencari duit.Tak kisah swasta atau kerajaan.Sesiapa saja yang dapat sumber kewangan dari sumber lain pasti akan berhenti jika kerja yang dilakukan tidak menepati jiwa betul tak.

    Reply

  8. mikeNo Gravatar says:

    eloklah tu dah berhenti kerja kalau dah tak ikhlas..walau kat manapun kita kerja, kita kena jaga sumber rezeki kita tu..

    Reply

  9. ameerNo Gravatar says:

    Salam. Bidang blogging sekarang sudah terlalu tepu. soalan saya masih adakah peluang untuk berjaya dalam bidang ni

    Reply

  10. annaNo Gravatar says:

    Sy pun dlm dilema, br 2bln keje kerj. tp terasa stress sgt2. Bosan keje tmpt yg x jln otaknya. Byk ckp dr wat keje, lepak2 & mkn2 lebih. Mcm gaji x berkat jer… Tp family semua marah bila ckp nak b’henti…diorg ckp “Kerajaan”…bkn senang nak masuk…

    Reply

    miNo Gravatar Reply:

    mintak tukar…

    Reply

  11. minahNo Gravatar says:

    Sy setuju 101% keje gomen memang byk politik & bosan sgt2….X blh maju langsung…

    Reply

  12. iAwaniNo Gravatar says:

    jika saya diberi pilihan untuk berhenti dari kerja kerajaan, saya akan berhenti sebab mahu luangkan masa melakukan apa yang saya minati. Tapi kena bijak. Pastikan dulu duit cukup untuk menampung belanja serta membayar segala bil-bil. Cabarannya, kena rajin bekerja untuk jangka masa panjang. Tapi, masa itu boleh jadi singkat jika strategi ngam.

    Reply

  13. waniNo Gravatar says:

    saya nk tambah lagi 1 sebab…sbb penjagaan anak…riasu klu hantar anak kat pengasuh..baik berenti jaga anak sendiri..

    Reply

    idaNo Gravatar Reply:

    yer saya setuju..sy pon dlm dilema nk benti kerja.sy bru 6 thun kerja.tp hati sy cam da x sonok kerja kerajaan.rsa cm nk duk umah jg anak2 jer..huhu

    Reply

  14. idaNo Gravatar says:

    saya pun nak berhenti kerja..saya kerja kontrak dlm gov federal, kdg2 bosan bila org cakap kalu x ikut kata bos, markah rendah..abis laaaa….seolah2 mcm kena ugut…..
    tambahan pulak, saya ni berjauhan kerja dr suami,,,suami galak saya berhenti jer drpd terus begini ….99% rasa nak berhenti….

    Reply

  15. idaNo Gravatar says:

    sambungan yg atas tadi…erm, saya dah settle saya punya hutang juak…contohnya,,,hutang belajar, hutang kereta dah abis byr….rumah pulak suami saya beli, cuma simpnan je kurang sikittt…tp kalu saya jadi suri rumah,,duit nafkah insyaAllah,,,mmg suami saya bagi pun…
    masalahnya…makbapak saya yang mati2 tak bagi saya berhenti…tensennnnn la….
    kdg 2bila saya kerja sekarang pon,,saya mudah tensen sebab berjauhan dr keluarga…so saya pk…why nak teruskan life mcm ni???nak pindah kerja bos x bagi

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge