Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Terbaca tentang pendaftaran kenderaan siri ‘WWW’ yang menjadi kegilaan ramai membuatkan tertanya mengapa agaknya mereka sanggup membida nombor pendaftaran sehingga ada kalanya harga nombor tersebut lebih mahal dari kereta orang-orang biasa. Jadi mungkini ini antara sebabnya mereka sanggup menghabiskan duit yang banyak hanya untuk nombor pendaftaran kenderaan :-
Image Hosting
No plat ni takde kaitan..
1. Memang minat dengan nombor tertentu. Mungkin nombor tersebut ada kaitan dengan kisah hidup mereka. Kebiasannya, tarikh-tarikh yang menjadi kegemaran seperti tarikh lahir, tarikh kahwin dan sebagainya. Mungkin untuk menjadi kenangan atau jadi ingatan untuk diri. Ada juga nombor berkaitan dengan keluarga dan mereka membeli nombor yang sama.
2. Untuk kepuasan diri. Ada yang saja-saja je nak dapatkan nombor untuk menjadi koleksi. Mungkin ada yang mempunyai koleksi nombor-nombor dekat kenderaan masing-masing.
3. Duit terlalu banyak dan tak tau nak habiskan ke mana. Ye lah, kalau duit dah banyak sangat bolehlah buangnya untuk habiskan kat bidaan untuk nombor kenderaan.
4. Nak tunjuk hebat dengan orang lain. Ye lah. Kawan-kawan lain guna no pendaftaran tersendiri, jadi nak ikut juga le. Kira ikut-ikut sahaja tanpa motif tertentu.
Okay cukuplah setakat ini. Agak-agak apa lagi sebab mereka-mereka minat untuk bida no kenderaan ni ye? Ada cadangan?
Ini sekadar hanya suka-suka je. Mungkin ada yang tak berapa sesuai ye..
Sekian.
p/s :- Si Zool ada cita-cita nak beli nombor plat 2001 tapi tak sanggup nak habiskan duit semata-mata untuk plat kenderaan.


Q pun beli plat no keta sebab nk sama dgn kereta adik dan ayh
tp tak mahal pun
RM200 je
best kalo konvoi semua tgk no plat kite org
hehe
Reply
zool
Reply:
May 17th, 2012 at 23:34
200 kalau nombor biasa. 4 angka kan? n tak de cabaran.. yang bida ni no plat mau ribu2..
Reply
Bagi saya yang membeli plat kereta mahal untuk menunjukkan kemampuan dan kemewahan. Mereka berasa puas dapat nombor plat yang dikehendaki
Reply
zool
Reply:
May 17th, 2012 at 23:34
ye la.. mereka mampu utk beli no mahal2..
Reply
Bagi saya ia merupakan kepuasan dan juga minat bagi seseorang tu. Adakalanya no tertentu merupakan no tuah bagi mereka. Bukan sahaja no pendaftaran kenderaan yang menjadi kegilaan, no telefon bimbit juga dijual dengan harga ribuan ringgit jika no tersebut menarik.
Reply
zool
Reply:
May 17th, 2012 at 23:35
ye la.. ada juga no lain yang diorg beli.
Reply
lain dari yang lain..hanya satu jer kat malaysia..huhu
Reply
Jebeng Otai™
Reply:
May 17th, 2012 at 12:38
mungkin dah bli mahal..lpastu nk jual lebih mahal lagik..
mcm pelaburan..
Reply
zool
Reply:
May 17th, 2012 at 23:35
jarang org beli no plat utk pelaburan ni.
Reply
hehehehe..tak tau ler…mungkin ada sesetengah orang yang betul2 obses pada sesuatu dan sanggup berhabisan untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya tu
Reply
zool
Reply:
May 17th, 2012 at 23:36
tu le.. obses dgn no tu..
Reply
Manusia ni sentiasa ada citarasa yg berbeda..
lagi2 bila minat pd sesuatu benda akan ditanam
dalam diri utk dapatkannya.. ikut kemampuan diri
Reply
zool
Reply:
May 17th, 2012 at 23:37
ye la. citarasa yg berbeza. kita yg tak mampu mungkin tak tau camne
Reply
mungkin akan dapat satu kepuasan ataupun mungkin menjadi suatu kepercayaan mereka,,,
Reply
zool
Reply:
May 17th, 2012 at 23:37
tu le. ada juga yang percaya pada nombor2 yg cantik kononnya
Reply
memang macam2 cara orang puaskan hati
duit dah banyak sangat
tak tahu nak buat apa lagi nak bagi habis
Reply
zool
Reply:
May 17th, 2012 at 23:38
banyak sangat duit dermalah kat si Zool ni sikit. huhuhu
Reply
…nombor kereta tertentu melambangkan identiti.
Reply
zool
Reply:
May 17th, 2012 at 23:39
ooo. beli no pendaftaran kereta ok. tapi kalau beli nombor kereta untuk 3D tu dah tak betulkan?
Reply
kalau plet tu yg mahal sikit2 je tak apa la kot saja2 nak suruh nombor tu ada makna.
tapi kalau yg mehal kaw kaw tu ye la buang duit aja.. :p
Famili sy suka 369 sebab maksudnya bismillah arrahman arrahim. ok apa tiapkali nampak nombor tu ingat bismillahirrahmanirrahim..
Reply