Assalamualaikum dan salam sejahtera..Nampaknya hampir seminggu saya meninggalkan IKWAS Kluang.. Rasa rindu plak pada awekINTAN Kluang.. He he he.. Almaklumlah tinggal di bilik beraircond.. Sejuk je rasa.. Tido pun seronok je…
Sebenarnya ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya di Kluang Johor selain kedai sukan Al-Ikhsan . Jarak antara bandar Kluang dan tempat penginapan lebih kurang 5 kilometer jadi kami sering pergi ke bandar Kluang samada makan mahupun berhibur ( yang tak melampaui batas ye..) ..
Antara tempat yang awal sekali disinggahi ialah Kluang Parade , sebuah pusat membeli belah terbesar di kawasan berkaitan.. Dan tempat pertama yang dikunjungi ialah pawagam… Huhuhuhu.. Saya bersama member seinduksi menonton cerita Hellboy - The Golden Army.. Terus terang inilah first time saya tengok wayang malam2 .. Biasa tengok waktu tghari atau petang je..Best gak layan Hellboy.. Jalan cerita yang mudah dengan aksi-aksi yang menarik..
2 hari selepas tu kami layan pula Bowling.. huhuhuhu.. Permainan saya memang agak buruk dan berada di ranking terakhir.. Lecehnya dah le bola tak tau saiz berapa..
Okay cukup pasal Kluang Parade yang rasanya serupa je dengan kompleks membeli belah di mana-mana tempat pun… Satu tempat yang telah dicadangkan oleh orang-orang Kluang termasuk sikumbang ialah kedai kopi di stesen keretapi.. Ops lupa nak beritau, berdekatan bandar Kluang ini ada lintasan keretapi… Kalau nasib tak berapa baik anda terpaksa menunggu dalam 5 minit kalau ada keretapi melintas…
Sambung balik pasal kedai kopi di stesen keretapi ..

Kami pun cubalah ke tempat yang dicadangkan untuk mencuba keistimewaan kedai kopi terbabit.. Tapi alangkah malangnya kami terlewat.. Kedai kopi tersebut tutup perniagaan pada pukul 6.00 petang dan kami sampai di sana pada pukul 6.15 petang.. Amat mengecewakan.. Tetapi rupa-rupanya ia ada cawangan di bandar… ‘Kluang Railcoffe’ .. Tak silap itulah nama kedai tersebut.. Hm.. suasana di kafe tersebut di reka seperti anda berada di hentian keretapi…
Walaubagaimanapun ‘feel’ mungkin tak sama seperti di stesen keretapi.. Takpelah janji penah pegi… Lagi satu yang menarik ialah terdapat satu kedai serbaneka seperti 7 Eleven di sini. Tapi bukan 7 Eleven tapi ‘Kriss’ nama kedai tersebut.. Dan banyak sekali cawangannya di kawasan bandar tersebut..
Sori ye.. Ayat ada sedikit berterabur.. Main taip je nie









July 29th, 2008 at 6:30 am
wOoO..cm byk berjalan je ni hehe
[Reply]
July 29th, 2008 at 9:16 am
Slm bro, moga sihat2 hendaknya..amboi seronoknye dia pi kursus tu,hehe..:) rugi oo tak makan kat keretapi tu,hehe..nostalgia sungguh tau..:) pernah makan skali je dulu masa blaja kat Skudai dulu,hehe
[Reply]
July 29th, 2008 at 9:45 am
Fuh….seronoknyaaa………… Cam mana kursus tu?
[Reply]
July 29th, 2008 at 1:41 pm
syia –> tak banyak berjalan sangat la syia.. lain le kalau ada buat rombongan ke kawasan ladang naga madu, penternakan ikan keli kanvas ke..
n tambah pembaca ligakampung..
acai –> nak buat camne datang time tutup kedai.. takpelah pegi ke cawangan pun ok gak..
ktom –> seronok… dapat tambah kawan..
[Reply]
July 30th, 2008 at 4:13 am
Kluang dan bandar saya (bandar Batu Pahat) tidaklah jauh sangat pun..tapi saya sendiri jarang ke sana.Yang saya dengar tempat makan di railway station tu agak famous jugak.Well…itulah dia..luas perjalanan,luas pemandangan dan tentulah luas pengetahuan. Selamat pulang dari kursus!
[Reply]
July 30th, 2008 at 4:21 am
usahawan berjaya..
[Reply]
July 31st, 2008 at 2:32 pm
kalau terasa gian nak pekena kopi+bun kluang station kat tesco melaka pun ada..
[Reply]
September 17th, 2008 at 6:13 am
wah rugi nye tak dapat makan kat railcoffee.kite selalu gak mkn kat citu,,,tapi tempat popular sgt.selalu penuh…
kat kluang pun banyak lagi tempat yang best…
ada gunung lambak,gunung berlumut,ada masa boleh pegi yee,,,
[Reply]
December 18th, 2008 at 11:57 pm
Aku duduk kat Melaka. Tesco Melaka ada juga cawangan Kluang Station tu. Tapi harganya mak datuk mahal jugaklah.. tapi feel stesen keretapi tak de. Nak kan feel tu, aku dan geng nekkad terus ke Pulau Sebang naik keretapi terus ke Kluang. Dekat stesen tu barulah ada feelnya. Kami bersembang dengan teman2 dekat stesen tu hampir 3 jam kerana keretapi nak balik semula ke Melaka ada pada waktu tu. Eh..aku nak bagi tahu you all, stesen KTM Pulau Sebang itu… Melaka punya tau… bukan Negeri Sembilan…dulu orang sebut Tampin .. tapi sejak dua menjak ni aku dengar ramai dah sebut Pulau Sebang,malah signboard stesen itu pun dah mula ditukar kepada Pulau Sebang because kawasan stesen KTM itu sudah pun memasuki Negeri Melaka.Ialah kan kalau kerajaan Melaka tak pertahankan nama stesen itu takut-takut jadi Pulau Batu Putih pulak…Berbalik kisah kopi Kluang itu memang sedap hingga tak terkata.. yg belum cuba tu pegilah..
[Reply]