Kenangan bekerja di restoran makanan segera

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Beberapa minggu yang lalu kecoh tentang kisah pekerja di restoran makanan segera yang melakukan aktiviti tidak sepatutnya pada hidangan yang tersiar di youtube. Ini adalah salah satu bentuk sabotaj yang dilakukan oleh pekerja tersebut. Sememangnya perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut memberikan impak yang besar terhadap imej restoran makanan segera tersebut. Walaupun pihak syarikat telah memberikan kenyataan namun ianya tidak mampu memuaskan kesemua pihak. Pasti ada yang masih sangsi lagi dengan khidmat yang disediakan oleh mereka.

Itulah cabaran yang perlu dihadapi oleh syarikat makanan besar. Bila pasukan menjadi besar memang sukar untuk mengawal pekerja-pekerja. Bukan semua pekerja mempunyai etika yang baik dan ikhlas mencari rezeki. Sudahlah melakukan perbuatan itu, dirakamkan pula. Tak pasal-pasal identiti telah dikenalpasti dan dengarnya pekerja tersebut telah diberhentikan. Itulah dia kalau melakukan sesuatu perkara tidak secara waras. Kalau marah sekalipun dengan orang atasan atau pelanggan bukan begitu caranya. Bukan sahaja hilang tempat kerja, ada kemungkinan nama mereka disenaraihitamkan di restoran makanan segera yang berkaitan. Dengan zaman dimana saingan bertambah, kesukaran mendapat kerja memang berlaku. Jadi perbuatan yang dilakukan tidak berbaloi dengan balasan yang diterima.

Okay berbalik kepada kenangan bekerja di restoran makanan segera, saya pernah bekerja di restoran McDonald di seksyen 9, Shah Alam pada sekitar tahun 2001 di masa akhir semester. Saya hanya bekerja selama 3 bulan untuk menampung perbelanjaan memandangkan saya terpaksa ‘extend’ semester kerana keputusan yang tidak baik dan PTPTN sudah tidak diberi lagi. Memang kerja di sana agak memenatkan tapi saya tidak berpeluang untuk ke dapur. Pekerja ketika itu komited dan ikhlas. Tak pernah nampak mereka melakukan kerja-kerja bodoh walaupun penat dan sering dimarahi pengurus.
Antara pengalaman ketika kerja di sana ialah :-

1. Mendapat gaji dari McDonald. Tak ingat lagi melalui tunai atau bank tapi kira dapatlah sedikit sebanyak menampung hidup di Shah Alam masa tu..
2. Dapat merasa pakai seragam McDonald yang belang-belang tu. Ada topi sekali, tapi masa nak cabut bagi balik kat pengurus..
3. Ada terminat dengan seorang staff McDonald tu. Baru nak try dia dah ada pakwe. Nama pun dekat-dekat, Zul juga. Huhuhuhu.. (Rahsia simpan ni. pembaca pertama yang baca adalah orang pertama yang tahu..)
4. Masalah utama adalah solat Jumaat. Itu masalah utama yang menyebabkan saya berhenti awal. Walaupun depan mata je masjid Shah Alam tu tapi tak dapat pergi. Cuma sembahyang Zohor. Memang sedihlah. Walaupun shift berselang 2 minggu tapi rasa tak seronok sebab tinggal Jumaat.
5. Ada satu kejadian dimana pengurus menutup pintu dan tiba-tiba pintu kaca jatuh. Memang terperanjat la juga kat MCD masa tu. Nasib baik yang kena tu pengurus, kalau masa si Zool kena alamat memang lama la kerja nak bayar balik pintu tu…
6. Makan tengahari ada diberikan mengikut harga. Tapi biasanya ambil ayam je.. Kalau bosan sangat ambil ayam dan cari nasi kat kedai sebelah…
7. Bila masuk je si Zool akan melakukan kerja sama iaitu membasuh kain buruk. Basuh dengan sabun dan air panas. Lepas tu terus mop lantai. Memang dilabelkan pekerja rajin masa tu. Walaupun takde la rasa rajin pun cuma kalau dah rutin memang camtu lah yang dibuat..
8. Kalau balik shift malam kenalah ‘closing’. Kena bersihkan secantiknya dan biasanya balik lewat sikit. Nasib baik rumah sewa tak jauh mana pun. Dekat seksyen 4 je.. Naik pula motosikal Yamaha Sport 100 bunyi motobot. Hehehe..

Okay cukuplah setakat ini. Itu hanya kenangan sementara di restoran makanan segera. Sebab tu kalau tengok budak mop lantai si Zool tau betapa seksanya. Kena ada teknik dan cara untuk mop lantai tu. Tapi dah lama tinggal. Kalau suruh mop memang dah tak berapa jadi dah..

Sekian..

p/s :- Kepada adik-adik yang bekerja di restoran makanan segera, bekerjalah dengan ikhlas. Itu adalah punca rezeki anda dan jangan sia-siakan kepercayaan boss dan pelanggan anda.

Pengunjung Entri Ini :4906

4 comments:

  1. aku cuma penah keja kat kfc aje. mcd tak pernah. Banting masa tu, takde mcd. Kfc ajelah yang paling best masa tu..lepas beberapa tahun..barulah ada piza….pastu baru ada ayam mas.. dan 2 tahun lepas..barulah ada mcd..haha..

    wahh..jiwang karat gak ek..

    Reply

    zool Reply:

    ooo aku KFC tak penah pula..
    jiwang tu betul.. tapi karat tu tak le.. :(

    Reply

  2. Out of topic ya! Siapa nama lengkap si Zul itu?! Karena pembaca pertama tidak bertanya, bolehlah saya yang diberi tahu :D :D :D

    Reply

    zool Reply:

    hahahah.. tak tau la nama dia.. nama perempuan tu pun tak tau..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

69,119 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge