Kenangan 2007

Assalamualaikum semua.. Nampaknya tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun 2007 akan meninggalkan kita dan akan bertemu dengan tahun 2008.. Semakin hari semakin banyak perkara yang berlaku dalam diri ini.. Nampaknya sedikit sebanyak saya mengalami beberapa perubahan walaupun tidak mendadak.. Kalau diikutkan mungkin inilah kali pertama saya mengimbas kembali tahun sebelumnya kerana sebelum ini saya tiada mencatat sebarang kisah lalu.. Almaklumlah baru tahun ini mengenali secara lebih mendalam apa itu blog.. Melalui blog ini sedikit sebanyak kisah hidup ini dapat dicoretkan.. Okaylah bersama-sama ini saya coretkan antara kenangan yang berlaku pada tahun 2007..

Kenangan Manis
i. Mendapat jawatan tetap di Jabatan Kerajaan.. Hm.. akhirnya terkabul juga untuk menjawat jawatan tetap tapi masih belum selamat.. Perlu confirm secepat mungkin..
ii. Dapat membina sebuah blog rasmi yang anda saksikan ini.. Melalui blog ini saya dapat mengenali ramai member blogger seperti ktom , cikguazleen , afzai dan ramai lagi.. Semoga satu hari kita akan berjumpa di alam realiti ye.
iii. Akhirnya dapat membeli sebuah rumah.. Walaupun rumah tersebut sederhana saja tetapi saya puas kerana akhirnya ada juga harta yang boleh dibanggakan..

Kenangan Pahit

i. Hilang seorang rakan sekerja dan Ketua Jabatan.. Memang agak mengejutkan juga pemergian mereka yang sama-sama bergelak ketawa dan kemudian tiba-tiba meninggalkan kita…. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan ke dalam orang yang beriman..
ii. Masih gagal mendapat hasil dari pendapatan internet sebab masih tak mencapai angka minimum untuk pengeluaran.. Sedihnya..
iii. Masih belum berjaya menyelesaikan lagi bayaran perkhidmatan PTPTN…
iv. Wang simpanan masih belum mencapai angka selamat..
v. Rahsia besar.. He he he.. Hanya orang tertentu yang mengetahuinya..

Nampaknya setakat ini kenangan 2007 yang dapat dicoretkan.. Insyaallah saya akan cuba menulis dengan lebih baik pada tahun-tahun mendatang.. Semoga anda semua sentiasa memberi bantuan dan sokongan kepada saya .. Terima Kasih…..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :534
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

6 Responses to “Kenangan 2007”

  1. zaki blogjerNo Gravatar says:

    Tahniah for the job and blog. Semoga anda dpt mengubah jabatan kerajaan to be better ;P

    Kenangan pahit tu semoga sentiasa jadi pengajaran dan sempadan, so kita boleh amik teladan dan ubah apa2 yg patut, terutamanya simpanan (utk kawin ke :) )

    Reply

  2. hudaNo Gravatar says:

    hi zool, lama tak jenguk blog ko…. tahulah keadaan aku ni… hehehe…
    seingat aku tahun ni byk gak kenangan manis utk tahun ni.. kenangan pahit… ermmm ntah lah, macam malas nak ingat.. tapi kenangan pahit ni kadangkala bagus juga untuk diingat sebab kadang2 boleh menginsafkan kita… tapi malas la aku nak ingat.. nak ingat kenangan manis je… semoga tahun baru yg menjelma esok memberi keberkatan pada kita… moga banyak kejayaan yang dapat kita capai untuk tahun depan.. InsyaAllah..

    Reply

  3. Cikgu AzleenNo Gravatar says:

    Selamat tahun baru 2008 Zool.. Semoga tahun ini menjadi lebi baik dari yang sebelumnya..

    Reply

  4. me yginsafNo Gravatar says:

    salam tahun baru 2008 bro zool iteww..

    nice blog u have here.. moga kita leh jadi kawan cyber yg baik.. cool

    Reply

  5. ktomNo Gravatar says:

    Selamat Tahun Baru Zool. Ktom pun gembira jugak dapat mengenali zool walaupun tanpa suara dan hilaian gelak ketawa. Namun biarpun begitu hati kita dan semua blogger menjadi dekat. Inilah keikhlasan yg di cari. Semoga kita dapat saling bantu mebantu dan harap dpt jumpa satu hari nanti. Hehehe..manalah tahu zool kahwin dgn org Kelantan nanti…wakakakaka

    Reply

  6. zoolNo Gravatar says:

    zaki —> insyaallah…
    huda —> paham.. betul tu semoga tahun baru memberi kenangan lebih indah…
    cikgu azleen —> memang impian untuk jadi lebih baik..
    me yg insaf —> semoga kita sentiasa menginsafi diri.. Huhuhuhu.. pakai nick camni susah lah en insaf.. pakai lah nick lain..
    ktom —> hilaian gelak ketawa?? ha ha ha camtu ker?? alamak kalau boleh tak mau orang jauh2 ktom…

    Reply

Leave a Reply