Kena saman traffik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Pernahkah anda mendapat surat dari pihak polis. Bukan mendapat surat panggilan temuduga kerja tapi surat amaran kerana melakukan kesalahan lalulintas atau bahasa popularnya ‘surat cinta’. Memang ketika membuka surat dan membacanya terasa gugur jantung ni.. Apataknya, ini merupakan kali pertama saya menerima surat cinta tersebut secara terus ( sebelum ini pernah sekali, atas nama bapa saya.. ). Kereta MyVi ‘Silverray’ yang belum berusia setahun telah disabitkan atas kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [ Akta 333] Seksyen 79(2) kerana melanggar hadlaju iaitu terlebih sebanyak 22 KM/J (had laju 80 KM/J). Bukan sikit jumlah kompaun yang dikenakan, RM 300 tu.. Cukup untuk duit petrol selama sebulan tu…. Kes ini berlaku ketika jalan-jalan ke Universiti Malaysia Pahang pada 21 Februari 2010 yang lalu. Memang pening seketika bila memikirkan duit yang perlu dikeluarkan untuk perkara yang tidak sepatutnya. Nak buat camnekan.. Perkara dah berlaku, suka atau tidak perlu juga dibayar. Cuma mungkin pemanduan akan menjadi lebih perlahan dari sebelumnya.

Okay bercerita tentang saman ni, ada kata-kata bahawa terdapat disakun yang dikenakan sekiranya membayar awal tetapi tiada dinyatakan dalam surat.Di dalam talian (My EG) ada dinyatakan seperti berikut :-

* ONLINE DISCOUNT FOR PDRM SUMMONS PAYMENT
* A discount scheme of 30% to 50% from the original amount is applicable for those who received their summons and pay them within 30 days from the date of the offense.
* Offenders who have yet to pay their summons but have not received letters summoning them to court are eligible for a 30% discount.
* Those who have received a court summons are not eligible for any discounts.

Tapi pagi tadi saya cuba tengok jumlah pembayaran tiada diskaun. Tak pasti adakah notis tersebut laku untuk kesalahan ini atau tidak. Atau mungkin juga sebab tarikh kuatkuasa surat ni 12 April 2010 iaitu awal dari tarikh penerimaan. Mungkin hari Isnin bermula diskaun kot..
Apa pun tengok camne nilai yang dikeluarkan pada minggu hadapan sebab si Zool kena bayar juga. Ye lah kalau pemilik OhPemandu tak bayar, nampak cam tak best je kan. Dahle target nak perbaharui road tax bulan depan dengan menggunakan duit pendapatan nuffnang (cukup untuk bayar separuh dari perbelanjaan insuran je ) . Lagipun susah kalau berhutang ni, mana tau tetiba ajal menjemput camne nak minta halalkan ?? Kat sapa nak minta ?Memang tak boleh sebab hutang tu dari Kerajaan Malaysia dan ia mewakili berjuta rakyat Malaysia…

Ops cukup melalut.. Berikut dipaparkan surat cinta dari Dato’ Abd Aziz bin Yusof, Ketua Traffik Pasukan, Ibu Pejabat Polis Bukit AMan..
Photobucket
Photobucket

Jadi kepada sesiapa yang baru datang ke Gambang (menghantar anak, adik ke UMP) berhati-hatilah jalan Gambang ke Kuantan. Nampak jalan luas dan syok memecut tetapi rupa-rupanya ada insan tersembunyi di sana tu..

Pernahkah anda menerima surat cinta ni?? Sama-sama kongsikan pengalaman anda..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3558
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

16 Responses to “Kena saman traffik”

  1. kenwooiNo Gravatar says:

    i only got a summon coupon for parking without paying.. and i got to potong also.. 50% discount =P

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    u r good driver ken…
    yup summon for parking will get potong if pay early.. I dunno about my summon.. hope ada potong la..
    RM300 is a big money for middle income like me..

    Reply

  2. LoqNo Gravatar says:

    Kesian bro.Kalau aku dah ada kereta nanti,macam mana la agaknya kan?hehe.Kenalah berhati2

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    huhuhuhu.. n asib2 je.. tak bernasib baik memang kena lah

    Reply

  3. miss lollyNo Gravatar says:

    zaman sek0lah je kena saman nagn trafik. sbb tak pakai t0pi keledar. pastu selumber je lalu depan die :P

    Reply

  4. Bb HussainNo Gravatar says:

    pernah 3 kali kena saman parking je..hopefully mmg tak kan kena la saman pecut2 ni..;)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    saman pecut ni mahal… jgn la kena

    Reply

  5. zikNo Gravatar says:

    sabar jela… so macam ne nak settle tuh ??

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tgk je la camne.. tak tau lagi .

    Reply

  6. khaliphashimNo Gravatar says:

    salam …menarik blog.singgahlah ke blog saya lak ye hehe

    Reply

  7. zoroNo Gravatar says:

    perghh… terlebih 20km/j kena saman rm300? suku gaji tu. dah takde cara lain nak cari duit ke dorang ni. kutu2 yg dok merempit dan racing kreta malam2 tu takde plak dorang saman. huhu

    Reply

  8. rizalsmartNo Gravatar says:

    ermmm… alhamdulillah… saye pun baru kena saman speeding mcm zool…. try myeg… 1st page die kate xde diskaun dah skang… nekad je la proceed next step xnak pening2 kepala… then search guna ic saman yg kena… diberi 2 amount… satu rm 300.. pastu sebelah die ade lagi last amount x silap… rm 150… proceed lagi g online banking… alhamdulillah betul kena rm 150 je + service charge rm2… rasenye kalau sape2 nak murah mungkin kena bayar cepat2 la kot…. ok laa separuh dari full kan…. bayar online je la x nampak duit tu bertukar tangan wahahah… kalau tak tensen beb….lebih 16km/j je tu…

    Reply

  9. CANo Gravatar says:

    Hi, Sorry to heard that, I got the same summon as well.
    Had Laju : 70 KMJ, Lebihan Had Laju : 18 KMJ
    I got RM 300 as well…

    I have written appeal letter to Uncle Abdul Aziz B Yusof 3 weeks ago and send using Pos Laju but seem they did not entertain the letter I send…As what I know, starting from 13 May, No more discount will be given. And I got the summon on 21 Jun 2010.

    I think our government purposely do this to trap all the citizen cause our government getting poorer and poorer ^^ yet they want the citizen like me die earlier, cause unable to pay the fine. As an uni student who do not have any income, RM 300 is too much and they dont even border to read the letter I sent.

    Have you paid the summon? How much you have paid?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    I’ve paid RM 300.. NO discount.. And there’s go my saving :(

    Reply

  10. yupSssNo Gravatar says:

    Perlukah reply surat memberi maklumat pemandu kepada Polis traffik? atau sekadar bayar online je cukup?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    bayar online je cukup.. lepas bayar tunggu 2-3 hari cek balik dlm sistem.. ada lagi tak saman tu

    Reply

Leave a Reply