Assalamualaikum.
Semoga sihat-sihat belaka ye..
Hari ni Ahad, Kepala saya yang berdenyut-denyut telah mula sedikit sebanyak beransur baik.. takut gak ..
Okaylah semalam kena kerja.. Menjalankan promosi jualan rumah kos rendah di Merlimau, Jasin, Melaka ( kalau ada sesiapa berminat boleh emel saya) sempena hari DUN Merlimau..
Letih je rasa sebab tak ramai yang datang..
Sambil-sambil tu saya sempat singgah di bahagian kesihatan..
Saya telah memeriksa 3 perkata utama iaitu mendapati tekanan darah 140/80 , BMI : 25 , kandungan gula = 6.8 ..
Angka diatas mendapati tekanan darah saya dalam paras berjaga-jaga… Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh menyemak di web http://myhealthyheart.com.my..
Apa itu BMI?? BMI dalam English iaitu Body Mass Index iaitu Indek Tubuh Badan yang ada cara pengiraan tersendiri… Tahukah anda cara untuk mengira BMI ? Anda boleh mengiranya dengan menggunakan calculator di web ini http://www.nutriweb.org.my/
Dari segi gula pula nampaknya risiko saya juga agak tinggi kerana angka merbahaya ialah melebihi 8. so saya kena kurangkan gula dalam pemakanan..
Bagaimana dengan keputusan anda semua? Selalukah anda memeriksa keadaan kesihatan anda?Kita boleh berkongsi dan berbincang bersama-sama..
Seperti biasa saya kongsikan gambar ketika bekerja sempena hari DUN Merlimau.. Klik gambar untuk diperbesarkan..
Okay cerita kembali pada tugasan. Pada hari tersebut saya bersama 4 orang kakitangan lagi ditugaskan untuk melakukan penjualan rumah kos rendah Kerajaan Negeri.. Pameran tersebut diadakan di padang Merlimau Point berhadapan dengan Politeknik Merlimau.. Mungkin bagi anda yang sering ke Politeknik Merlimau akan perasan dengan padang tersebut yang berhampiran medan selera..
Nampaknya kurang mendapat sambutan dan lebih banyak berborak sahaja nampanya.. Kadar kedatangan pengunjung juga tidak ramai .. Nampak lebih banyak peserta dari pengunjung.. Walaubagaimanpun kerja tetap mesti diteruskan kerana dah tanggungjawab kan..
Hm.. sambil tu dapat telefon percuma dari booth TM.. Terima kasih TM… Nampaknya mungkin bulan depan ada kemungkinan kena pegi pameran lagi… Harap-harap pameran akan datang dapat menjual rumah dengan lebih banyak.. AMIN..
p/s : Agak sukar untuk mencari maklumat-maklumat berkenaan perkara di atas dalam website kandungan berbahasa Melayu..








July 29th, 2007 at 12:32 pm
patutla hari jumaat lepas aku lalu jalan merlimau-jasin nampak khemah banyak kat padang sebelah masjid tu….rupanya ada karnival…
July 29th, 2007 at 2:31 pm
kumbang - apsal singgah melaka tak beritau aku… eh nanti aku ada buat yahoo fantasy soccer group aku invite ko ye???
August 1st, 2007 at 6:02 am
KEmpen tak laku ker…. tulah… bagilah hadiah ke.. cabutan bertuah ke.. paling tak bagi vios sebijik…
August 1st, 2007 at 6:06 am
Gambar aku tak nampak pung dalam kempen merlimau… aku pung nak glamer gak sekali sekala… bukannye ape.. nak bangga sket je…
August 1st, 2007 at 6:22 am
sasz77 - mana nak laku…lain le kalau suruh Mawi, Fasha Sandha yang jual…. ha ha ha…
Orang yang ada dalam gambor tu pun tak komen…
lain kali kalau nak glamer… jadilah penyanyi ke pelakon atau penebar roti canai… baru glamer