Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kembang potensi pemain melalui e-stadium – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR: Pemain e-sukan atau ‘gamers’ di Malaysia wajar diberi perhatian melalui penyediaan fasiliti sewajarnya demi memajukan sukan itu sendiri, kata Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata kerajaan komited untuk membantu anak-anak muda yang berpotensi tinggi dalam industri ini menerusi pembangunan “stadium” e-sukan atau e-stadium.

“E-stadium yang dimaksudkan bukan mengenai pembangunan infrastruktur tetapi lebih kepada fasiliti.

“Kita tidak boleh lupakan golongan (pemain e-sukan) ini kerana golongan ini agak besar, khususnya golongan anak muda 25 tahun ke bawah. Kita perlu membantu mereka.

“Contohnya dengan menyediakan latihan dan infrastruktur jika mereka mahu mewakili negara ke peringkat antarabangsa dan memastikan mereka mempunyai elaun yang cukup, supaya mereka dapat sara hidup dan membanggakan Malaysia di peringkat dunia,” jelasnya dalam rancangan temu bual terbitan Astro AWANI “100 Hari Malaysia Baharu.”

Jelas Syed Saddiq, pembinaan e-stadium juga termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan sempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Menurut Syed Saddiq, e-sukan merupakan sebahagian daripada evolusi sukan, dan sewajarnyalah stigma buruk mengenai pemain permainan video wajar diubah.

“Mungkin ada pihak akan kata kenapa mahu bantu mereka (pemain e-sukan) yang malas duduk atas kerusi tidak membuat apa-apa. Tetapi, sukan berevolusi.

“Kalau kita lihat pada kurun ke-18 atau ke-19, sukan yang ada sekarang mana ada wujud pada masa dahulu.

“Kita perlu pandang ke hadapan. Kita sudah masuk ke fasa yang baru dan ia melibatkan e-sukan,” tambah Syed Saddiq.

Sumber :-Astro Awani

Adakah ini petanda Menteri Belia dan Sukan yang baharu ? Kita tunggu dan lihat.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Kembang potensi pemain melalui e-stadium – Syed Saddiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)