Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Nampaknya 2 hari saya tidak dapat menulis entri di blog ini. Masalah Streamyx yang tidak stabil menyebabkan lampu ADSL sering berkelip. Apa lagi memang sukar nak layan internet..
Sebenarnya pada hari Ahad, 21 Disember 2008 ada berlaku kematian saudara saya ( adik beradik arwah datuk saya). Seperti yang kita semua sedia maklum, kematian adalah satu perkara yang akan berlaku .. Tak kira dimana jua kita menyorok, nyawa kita akan dicabut oleh malaikat Izrail.. Jadi sayangi nyawa dan jangan memperbodohkan diri dengan bunuh diri atau harakiri...
Sebenarnya ada satu kisah yang menyentuh hati.. Iaitu kematian wanita tersebut juga menyebabkan kesedihan yang amat sangat kepada suami.. Ye lah si suami yang sudah uzur dan telah lumpuh.. Bergantung harap kepada ketabahan dan ketaatan isterinya.. Memang agak sedih bila mengenangkannya tetapi apakan daya.. Saya bukanlah sesiapa yang mampu memberikan bantuan… Bayangkan seorang yang cukup gagah di waktu hidup berlinangan air mata melihat pemergian isteri tercinta.. Dan dalam keadaan yang susah, terpaksa mengharapkan saudara mara.. Wallahualam..
Kadangkala takut bila memikirkan keadaan tersebut.. Adakah saya akan mengalami keadaan yang serupa?? Dan adakah saya akan ditemani oleh insan setabah wanita tersebut..
Malahan tahun ini juga, pakcik yang agak rapat juga telah kembali ke rahmatullah.. Agak ralat kerana tidak dapat menziarahinya memandangkan beliau meninggal di Johor Bahru dan saya terpaksa tinggal di rumah.. Tapi walau apa jua alasan kematian akan datang jua.. Semoga kita akan pergi dalam keadaan yang aman dan diberkati olehNya.. AMIN…
RSS Feed
Twitter



December 22nd, 2008
zool
Posted in
Tags: 


Kematian memang satu kemestian..Persoalannya apakah persediaan kita untuk menghadapi kematian itu?So,jgnlah kita membuang masa lagi..jomm kita sempurnakan perjalanan ini amanah ALLAH.
Reply
zool
Reply:
December 22nd, 2008 at 14:08
Itu lah kita selalu lupa dan lalai atas suruhannya..
Reply
salam takziah ya
Reply
semoga Allah merahmati mereka…salam takziah dari saya…
Reply