Kemasukan semula pemain import di Liga Super

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Terdengar di Buletin Utama mengenai keputusan FAM untuk memberikan kebenaran kepada pasukan yang bertanding di Liga Malaysia untuk mendapatkan pemain import pada musim depan. Pastinya keputusan ini ada pro dan kontranya namun keputusan ini perlu dipandang positif terutama oleh peminat tempatan.

Image Hosting

Antara perkara positifnya adalah :-

1. Pemain dapat mempelajari skill dan pengalaman pemain import yang telah bermain di banyak liga di luar negara sekaligus dapat meningkatkan lagi mutu pemain kebangsaan.
2. Merancakkan lagi Liga Malaysia. Walaupun semenjak beberapa tahun ini telah nampak peningkatan namun dengan kemasukan pemain import yang berkualiti pasti memberi impak positif terutama dari segi kehadiran penonton dan penaja. Sekaligus menambahkan lagi sumber kewangan persatuan bolasepak dan juga FAM.
3. Boleh mempromosikan negara secara tidak langsung. Dengan kemasukan pemain import mungkin boleh menjadi tumpuan pelancongan bagi pemain atau sedara mara mereka. Sedikit sebanyak dapat menjana pendapatan melalui sektor pelancongan.
4. Pasukan di Liga Malaysia mampu bersaing dengan pasukan luar ketika kejohanan kelab Asia. Kalau diperhatikan kebanyakan pasukan sering kandas di pusingan awal akibat standard yang jauh berbanding kelab luar dari Asia. Mungkin dengan kemasukan pemain import mampu memberikan standard yang lebih kepada pasukan yang bertanding.

Okay cukuplah serba ringkas pendapat si Zool tentang positifnya kemasukan semula pemain import setelah dimansuhkan selama 5 tahun.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pasukan (sila rujuk entri ini ).
Apapun diharap keputusan ini akan memberikan impak positif kepada Liga Malaysia pada musim depan.
Majulah bolasepak untuk negara..

Sekian.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.