Kemas Rumah dan Kucing

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Adoyai. Hari ini menulis cerita kehidupan si Zool ye. Tentang mengemas rumah plak tu. Harap anda tak boring membacanya.

Terasa sedikit kepenatan mengemas rumah sebab esok mungkin bapa ingin memasang jubin di rumah. Di sebabkan pagi esok mungkin hanya mak saya yang tinggal di rumah jadi perlulah mengalihkan barang-barang penting bagi mengelakkan sebarang kehilangan atau kerosakan. Pergh memang penat bila mengangkat barang, dah tu adik beradik pula tiada. Kalau BDFabregas, Angah kurang sikit penat. Lagipun kemas bilik adik pompuan saya yang merantau di Putrajaya dan Gambang, Pahang. Okay untuk artikel kali ni memang santai, cubalah anda lihat hasil penangkapan gambar amatur menggunakan kamera digital Olympus FE-330. Janganlah bandingkan dengan kualiti pakar cam Acai.. Tak adil.. Ok layan kan..

Photobucket
Ini barang-barang yang di kemas. Banyak tu terutama buku.. Buku apa ye?? Tengok gambar seterusnya..
Photobucket
Gumpalan buku dan ‘extension plug’. Nampakkan buku apa tu.?? Tak nampak juga.. Okay close up lagi..
Photobucket
Inilah dia sebahagian dari buku komik yang menjadi koleksi. Terpaksa di karung gunikan untuk sementara waktu…
Photobucket
Ini adalah antara komik kegemaran si Zool. Penyiasat Remaja Kindaichi. Memang best cuma kadang-kadang susah gak nak paham camne Kindaichi ni buat penaakulan.. Memang salute dengan penulis dia, Seimaru Amagi. Selalu buat cerita berkenaan pembunuhan dalam bilik tertutup.. Tapi anda semua jangan pula jadikan sebagai bahan rujukan nak buat jenayah pula…

Photobucket
Ini pula gambar anak kucing. Anak kucing ni ditinggalkan oleh pemiliknya. Tak tau siapa, yang kesiannya kecil amat anak kucing tu diletakkan di luar rumah. Ni dah sebulan lebih kot.Ini salah seekor dari 3 ekor yang ditinggalkan.
Gambar terpaksa di ambil berhati-hati. Takut terkeluar ‘flash’. Ada ‘mitos’ mengatakan yang anak kucing tak boleh kena ‘flash’ kerana boleh mati. Ada sesiapa boleh berikan fakta tak??

Photobucket
Ini pula kucing yang memang bermastautin dengan anaknya. Sedang menyusukan anaknya. Untuk pengetahuan anda, kucing ini dinamakan ‘Singa’. Kenapa nama tu?? Tak tau kenalah tanya BDFabregas n co… Ops.. Korang rasa kucing ni kat mana ye??

Photobucket
Inilah jawapannya.. Melepak di atas mesin basuh.. Sempoi kan..

Okay cukuplah untuk hari ini.. Dapat juga saya menulis entri walaupun dalam keadaan penat.. Kepada para subscriber harap jangan kecewa dengan entri yang kurang ilmunya ye..
Insyaallah lepas ini saya akan menulis sesuatu yang lebih best lagi..AMIN..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2113
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

7 Responses to “Kemas Rumah dan Kucing”

  1. YobSumoNo Gravatar says:

    pergh banyak gila komik kau! jual balik la mst ramai nak beli!

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak boleh jual la.. tu adik aku punya.. aku punya adalah dlm 10 buku je..

    Reply

  2. [...] This post was mentioned on Twitter by Zool ligakampung, Zool ligakampung. Zool ligakampung said: Penat mengemas rumah tapi sempat buat entri cincai http://bit.ly/5uUmH [...]

  3. chokilalaNo Gravatar says:

    abang aku punya koleksi lagi banyak. mmg hantu komik dia tu. hoho. rumah penuh dgn komik. haha. kucing aku selalu je kena flash, mati mcm biasa je. ada mak kucing ni dah dekat 6-7 tahun hidup, selalu je aku tangkap gambar dia, xmati pun? kuikui. merepek tol :P

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    abg ko lagi fanatik tu… komik apa yang dia ada?? blh pinjam.. huhuhuhuhu

    tu yg tanya tu.. ada org kata anak kucing tak leh kena flash nanti mati.. tahyul je kot.. :)

    Reply

  4. mazudiNo Gravatar says:

    Nak selongkar dan kumpulkan setempat ni satu hal, pasni nak mengemas pulak ketempat asal, lagi satu hal.

    Reply

  5. beliamudaNo Gravatar says:

    kucing tu macam singa kot.. cam ada iras2 je.. ke sume kucing cmtu eh? haha~

    Reply

Leave a Reply