LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kelayakan Piala Dunia 2022 : Malaysia tumpaskan Timor Leste

Permulaan yang baik buat skuad bola sepak negara dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 ini. Menentang pasukan Timor Leste, skuad negara memang dijangkakan akan menang menentang pasukan di ranking 195 itu.  Malaysia yang menduduki ranking 168 itu melakukan kejutan selepas berjaya membenam pasukan Timor Leste dengan kemenangan besar 7-1.Satu kemenangan yang cukup menggembirakan penyokong tempatan yang sudah lama tidak menyaksikan jaringan yang sebegitu banyak dihasilkan oleh skuad bola sepak negara.

Dalam perlawanan yang berlangsung pada Jumaat di Stadium Nasional Bukit Jalil itu gol pertama Malaysia dijaringkan oleh pemain naturalisasi, Corbin Ong melalui tandukan pada minit ke 11.Shahrel Fikri yang masuk menggantikan Syafiq Ahmad pada awal perlawanan berjaya mencatatkan jaringan pada minit ke21. Penyerang veteran. Norshahrul Idlan Talaha berjaya mencatat nama selaku penjaring pada minit ke 42. Penyerang berbakat, Safawi Rasid menambah gol pada minit terakhir separuh masa pertama untuk memberikan kelebihan 4-0 bagi skuad Malaysia di separuh masa pertama.

Pada awal separuh masa kedua, skuad negara dikejutkan dengan jaringan oleh Timor Leste melalui Joao Pedro pada minit ke 51. Tersentark dengan kesilapan itu, barisan negara menggandakan asakan dan Safawi menjaringkan gol pada minit 58 sekaligus menebus kegagalan memanfaatkan penalti pada separuh masa pertama.

Pemain tengah Selangor, Faiz Nasir yang masuk selaku pemain gentian, menjaringkan gol keenam skuad negara melalui satu volley menarik pada minit ke 77. Penyerang muda negara, Akhyar Rasid berjaya memanfaatkan kelemahan barisan pertahanan Timor Leste untuk menjadikan keputusan memihak kepada skuad negara dengan kemenangan besar.

Berdasarkan kemenangan besar ini, skuad negara sudah layak untuk ke pusingan kedua bagi kempen kelaakan ini tetapi bola itu bulat. Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Semoga skuad negara tidak lalai dalam perlawanan timbal balik di tempat lawan.

Tahniah Ligakampung.com ucapkan kepada barisan skuad bola sepak negara. Sudah lama kita tak menyaksikan jaringan yang sebegini banyak dihasilkan oleh skuad negara. Mungkin ada impak pada pemain separa import (naturalisasi dan kerakyatan).Apapun masih terlalu awal untuk kita banggakan kerana matlamat untuk layak ke Piala Dunia mahupun Piala Asia belum lagi tercapai.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)