Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kelayakan Piala Dunia 2018 : Malaysia dibelasah oleh UAE 0-10

Episod duka bolasepak negara semakin bertambah. Selepas dibelasah di gelanggang sendiri ketika aksi menentang Palestin sebelum ini, pasukan Harimau Malaya bertukas seperti tikus apabila tumbang teruk dengan pasukan UAE dengan keputusan 0-10.
Walaupun peminat tidak menjangka kemenangan namun kekalahan terbesar ini cukup mengejutkan. Kegagalan ketika perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 di Abu Dhabi ini pasti sukar diterima oleh peminat bolasepak tempatan.

Bagaimana ia berlaku? Ligakampung.com tidak dapat mengetahuinya kerana tidak dapat menontonnya secara langsung di kaca tv. Untuk menonton secara internet ‘live streaming’ juga tidak berkesempatan. Tapi rupa-rupanya seperti ada petanda buruk berlaku.
Beraksi di gelanggang lawan, Abu Dhabi bukan sepatutnya pasukan negara perlu diaibkan sebegini. Seawal 16 minit lagi pasukan Malaysia dibocori oleh pasukan UAE sehingga mengakibatkan penggantian penjaga gol dilakukan sebelum tamat separuh masa pertama.
Tak perlu kami ulas panjang mengenai perlawanan ini kerana kami tidak dapat menyaksikan secara langsung. Cuma apa yang perlu dilakukan oleh pasukan bolasepak Malaysia? Ini pandangan yang kami cuba lontarkan. Mungkin juga ada sesetengah juga bersependapat dengan kami.

UAE-vs-Malaysia-Fifa-world-cup-qualifier-3rd-september

Antara yang perlu dilakukan :-

1) Jurulatih Dollah Salleh perlu memikul tanggungjawab. Caranya adalah meletak jawatan dari meneruskan tugas tersebut. Beliau seorang jurulatih yang bagus tapi taraf beliau belum sampai untuk melatih skuad kebangsaan. Tidak perlu risau dengan kerjaya kerana pasti ada pasukan kelab yang akan memancing beliau.

2) Rombak keseluruhan pemain untuk perlawanan akan datang. Secara peribadi, saya merasakan meletakkan skuad Harimau Muda beraksi selepas ini lebih baik. Mungkin keputusannya lebih kurang tapi ia kurang menyakitkan berbanding meletakkan aksi pemain senior. Bagi pemain sediada, yang mana merasakan bersalah, patutlah meletak jawatan sahaja dari bermain untuk skuad kebangsaan.
Kegagalan ini bukan kecil dan sukar untuk dibetulkan. Mereka patut memulangkan elaun yang diterima untuk perlawanan ini. Samada kepada peminat mahupun pada klinik bolasepak.

3) Pengurusan FAM juga perlu bertanggungjawab. Adalah tidak adil untuk meletakkan 100% beban kepada jurulatih, selaku badan bertanggungjawab pegawai tertinggi perlu mengambil tanggungjawab. Mereka yang memilih jurulatih dan menyusun jadual perlawanan dalam Liga Tempatan. Ada kemungkinan Liga Malaysia ini memberi kesan terhadap prestasi pasukan negara.

Diharap dengan imej penswastaan pada tahun hadapan mampu mengubah keadaan pasukan Harimau Malaya di masa hadapan.

4) Mentaliti pemain perlu berubah. Mereka perlu keluar dari kepompong. Hanya mengharapkan Liga Malaysia sudah mencukupi adalah sesuatu yang tidak bagus. Ada pemain yang mendapat peluang tetapi pulang semula ke Malaysia kerana sudah selesa di negara sendiri. Di negara luar, budayanya berbeza. Persaingan juga sukar. Dan ada kalanya, gaji pun kurang dari di Liga tempatan.
Ini salah satu penyebab kesukaran untuk mendapatkan pemain berkualiti. Cuba lihat pemain Palestin yang rata-rata bermain di liga luar. Walaupun ada yang mewakili liga tempatan namun liga luar banyak memberi bantuan kepada prestasi pasukan negara mereka.

5) Pemain naturalisasi. Adakah ianya diperlukan? Nampak seperti macam memerlukan kaedah ini sekiranya pemain tempatan tidak mempunyai kualiti untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

6) Pembentukan fizikal pemain perlu dimulakan pada awal usia. Fizikal adalah amat penting bagi pemain untuk bersaing. Walaupun kita mempunyai pemain pertahanan yang tinggi namun saiz badannya mudah untuk disergah oleh pasukan lawan. Pemain perlu belajar untuk memastikan badan ‘sado’ agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

7) Buang perlawanan pertunjukan dalam kalendar dan perbanyakkan perlawanan berkelas. Tak perlu menentang pasukan handalan sebaliknya mengatur perlawanan dengan pasukan yang hampir sama rankingnya. Ia penting bagi menilai prestasi pemain. Perlawanan menentang kelab antarabangsa tidak memberi kesan terhadap kualiti pemain kita. Hanya sekadar gah untuk dikenang di hari tua sahaja.

Gagal tetap gagal. Sekarang ni pasukan negara perlu berubah. Cukuplah serba sedikit rungutan dari kami di ligakampung.com. Harap-harap pihak berkaitan membaca luahan ini. Semoga pada perlawanan akan datang angka bolosnya tidak bertambah.

Kesian penyokong Malaysia ni.. Sampai terpaksa tukar

penyokong malaysia
penyokong malaysia yang bersemangat akhirnya kecewa. Dari perkataan Malaysia ke AYam
Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Kelayakan Piala Dunia 2018 : Malaysia dibelasah oleh UAE 0-10

  1. Sudah jangka kalah tspi taklah sampai seteruk ni 10-0. Memalukan… Semua perlu letak jawatan.. ambil pemain muda lagi boleh tahan walaupun lbh kirang dgn senior.

Leave a Reply to Bahrain Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)