LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kelayakan Piala Dunia 2018/ Asia 2019 – Malaysia tumpas kepada UAE

Berlangsungnya perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/ Asia 2019 antara pasukan bolasepak Malaysia menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam tanpa kehadiran penonton ini sedikit menggusarkan peminat bolasepak tempatan. Selepas dibelasah 10-0 pada perlawanan di gelanggang lawan yang menyaksikan jurulatih Dollah Salleh meletak jawatan, pasti kekalahan teruk ingin dielakkan. Walaupun sudah tidak memberi makna namun pasukan negara perlu mempertahankan maruah negara dari diaibkan.

Keputusan kali ini sedikit positif apabila pasukan negara hanya tumpas tipis dengan 1-2. Pasukan UAE berjaya mendapatkan gol pada minit ke 21 melalui pemain midfield mereka, Omar Abdulrahman selepas kesilapan Azamuddin Akil yang tidak mengeluarkan bola dari kawasan bahaya sebaliknya menghantar kepada pemain lawan.

omar-abdurrahman
Gol yang dihasilkan amat cantik apabila ketepatan rembatan Omar dari tepi sudut. Memang jaringan berkelas dunia dan tidak mampu diselamatkan oleh Izham Tarmizi.
Pasukan Malaysia bermain baik kerana itu adalah satu-satunya percubaan dari UAE. Walaupun dibolosi barisan pemain Malaysia bermain baik dan berdisplin. Hanya satu gol itu sahaja yang berjaya membolosi gawang Malaysia pada separuh masa pertama.

Ketika barisan pemain pertahanan menyusun dan menjangkakan perangkap offsaid terjadi namun gol kedua terhasil pada minit ke 52 menerusi Ahmed Khalil.
Satu sepakan percuma oleh Safiq Rahim berjaya ditanduk masuk oleh Baddrol Bakhtiar untuk merapatkan kedudukan pada minit ke 59. Pemain negara cuba untuk melakukan pertahanan yang kental disamping cuba mencuri peluang.
Namun akhirnya keputusan tidak memihak kepada Malaysia yang tumpas kepada UAE.

Walaupun tewas ada perkara positif berbanding ketika perlawanan menentang Palestin tempohari. Ronny Harun yang menggantikan Razman lebih kental dan aggresif. Beliau nampak lebih cepat memintas pemain lawan dan mungkin patut diberikan peluang lebih pada perlawanan akan datang.
Fazly Mazlan, pemain pertahanan kiri juga bermain baik dan kekal fokus. Terdapat beberapa serangan darinya yang menarik dan gaya pertahanan beliau juga lebih kemas. Izham Tarmizi juga kemas dan bertindak pantas apabila berlaku serangan oleh pihak lawan. Cuma mungkin persefahaman antara para pemain perlu dipertingkatkan.
Selain itu, hantaran yang tidak tepat perlu diperbaiki pada perlawanan akan datang. Tahniah juga kepada Datuk Ong Kim Swee yang berani menampilkan pemain-pemain yang berbeza berbanding perlawanan sebelum ini.

p/s :- Adakah ini perlawanan terakhir Datuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih sementara Malaysia?

Please follow and like us:
error0

One thought on “Kelayakan Piala Dunia 2018/ Asia 2019 – Malaysia tumpas kepada UAE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)