Kelantan tersingkir dari Piala AFC

Nampaknya satu wakil kelab bolasepak Malaysia di Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) iaitu pasukan Kelantan tersingir lebih awal di peringkat kumpulan. Ini berikutan siri kekalahan pada perlawanan malam tadi menentang pasukan kelab dari Vietnam iaitu Yangon United dengan keputusan 2-3.
Keputusan ini lebih menyedihkan apabila kekalahan ini di Stadium Sultan Muhammad IV sekaligus tidak berjaya memperbaiki keputusan pada musim lalu yang berjaya melangkah ke suku akhir. Dengan berbaki 1 perlawanan, skuad The Red Warrior hanya akan melengkapkan perlawanan terakhir Kumpulan G di Stadium Hong Kong pada 22 April ini.

Dalam perlawanan malam tadi, skuad kendalian Steve Darby berjaya menguasai awal permainan namun kehebatan pasukan pelawat melalui penyerang import, Cezar Augusto berjaya menewaskan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat. Pasukan Kelantan berjaya menyamakan kedudukan melalui Mohd Khairul Izuan dan berjaya mendahului melalui jaringan Wan Zaharulnizam namun pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 63 sebelum gol kemenangan pada minit ke 80 dijaringkan oleh Kyaw Ko Ko.
Dengan keputusan ini, harapan hanya pada pasukan Selangor yang masih berpeluang untuk melangkah ke pusingan kedua. Bagi pasukan Kelantan pula nampaknya mereka bolehlah memberikan tumpuan penuh kepada Liga Super dimana prestasi mereka masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan.

zool

Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan.
Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.

http://ligakampung.com/blog

One thought on “Kelantan tersingkir dari Piala AFC

Leave a Reply