LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kelantan juarai Piala Presiden 2016

Pasukan Kelantan berjaya mempertahankan gelaran selaku juara Piala Presiden selepas berjaya menumpaskan pasukan T-Team di gelanggang lawan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
Pasukan Kelantan yang berbekalkan keputusan seri 1-1 di Kelantan mempunyai misi sukar untuk menang di tempat lawan namun kisahnya berubah.

Pada aksi kedua ini menyaksikan pasukan Kelantan berjaya mendapatkan gol pertama pada minit ke 40 melalui Muhamad Raihan Mohd Huzaizi. Walaupun T-Team melakukan serangan bertali arus namun serangan balas Kelantan pada minit ke 81 terus membunuh semangat pasukan T-Team yang kecewa untuk muncul juara buat kali pertama.
Kemenangan ini menyaksikan Kelantan berjaya menjuarai Piala Presiden dengan aggregat 3-1.
Tahniah pasukan Kelantan. Semoga para pemain muda akan mendapat tempat dalam skuad senior Kelantan atau pasukan lain dalam Liga Malaysia.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Kelantan juarai Piala Presiden 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)