LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kelantan Juara Liga Super 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya Liga bolasepak Malaysia tahun 2011 atau lebih dikenali dengan nama ‘Liga Super’ telah sampai ke penghujungnya. Persaingan sengit pada musim ini menarik kerana ia hanya dapat ditentukan dalam perlawanan terakhir. 3 pasukan yang bersaing sengit iaitu Kelantan, Selangor dan Terengganu perlu bermain sebaik mungkin pada perlawanan terakhir bagi menjulang piala yang menjadi kebanggaan pemain bolasepak tempatan.

Berikut merupakan keputusan perlawanan terakhir Liga Super 2011

Sabah lwn Kelantan ( 0-1 1st half) 1-2 (FT)
Perak lwn Selangor (0-0 1st half) 0-0 (FT)
Felda United lwn Terengganu (0-4 1st half) 2-6 (FT)
Harimau Muda A lwn Johor FC (1-1 1st half) 2-2 (FT)
N.Sembilan lwn Perlis ( 1- 0 1st half) 2-0 FT
Pahang lwn Kedah (0-0 1st half) 0-1 (FT)
T-Team lwn Kuala Lumpur (1-2 1st half) 2-3 (FT)

( ) Separuh Masa

Tahniah kepada pasukan Kelantan yang berjaya memenangi Liga Super 2011 setelah bertarung sehingga 26 perlawanan. Kejuaraan ini memberikan tiket kepada pasukan Kelantan untuk menempah tiket beraksi pada Piala AFC 2012.
Tahniah sekali lagi…
Sambil tu takziah juga kepada pasukan Pahang yang nampaknya akan mengiringi pasukan Perlis turun ke Liga Premier musim depan…

JUARA LIGA SUPER

2011 – Kelantan
2010 – Selangor
2009- Selangor
2008- Kedah
2007 – Kedah
2006 – Negeri Sembilan
2005 – Perlis
2004 – Pahang

Lepas ni kita tengok Piala Malaysia pula. Majulah bolasepak untuk negara.
Sekian.

p/s :- Paling teruk dah tentu pasukan Melaka. Kat mana ntah…. Sedih pun ada…

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)