Kelantan International Half Marathon 2017 (KIHM 2017) sasar 10,000 peserta

Bagi mereka yang berminat dalam acara larian terutama di Pantai Timur, satu acara Kelantan International Half Marathon 2017(KIHM 2017) akan diadakan pada 22 April 2017 ini. Acara yang mensasarkan penyertaan sehingga 10,000 pelari ini akan bermula di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Tunjong, Kelantan.

Menurut Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kelantan, Datuk Rosmadi Ismail, acara yang dianjurkan oleh MSNK itu akan disertai pelari professional dari 10 negara antaranya Jepun, Singapura, China, Kenya, Filipina dan United Kingdom selain dari pelari tempatan.

Hadiah yang ditawarkan keseluruhan berjumlan RM80,000 dan ia pasti memberi semangat kepada orang ramai untuk menyertainya.

“Penganjuran ini bertepatan dengan keinginan kerajaan untuk mewujudkan ‘Budaya Negara Bersukan’ dan ia diharapkan dapat memberi kesan dalam membudayakan amalan gaya hidup sihat” katanya.

Menurutnya juga, majlis perasmian KIHM 2017 akan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

  • Bharian

 

Satu acara yang baik dan ditunggu oleh pelari di sebelah pantai timur tu. Semoga ramailah yang menyertainya termasuk pembaca Ligakampung.com juga. Untuk keterangan lanjut sila layarai Facebook KIHM 2017

 

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply