LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kelantan ditaja Qu Puteh

Nampaknya isu hangat mengenai status penajaan pasukan bolasepak Kelantan dengan syarikat produk kecantikan Qu Puteh semakin hampir termeterai.
Pertemuan peringkat akhir yang diadakan selama tiga jam di pejabat Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, pemilik syarikat Qu Puteh mencapai persetujuan.

Perjanjian penajaan oleh syarikat milik anak kelahiran Machang, Kelantan itu dijangka bernilai sehingga RM16 juta. Melalui pertemuan tersebut, KAFA bersetuju untuk melantik Daruk Seri Vida sebagai penasihat kehormat KAFA bagi musim 2016-2017.
Majlis menandatangani kontrak tajaan secara rasmi antara kedua-dua pihak dijangka akan dilakukan pada 15 Januari ini.

Nampaknya adakah ‘The Red Warrior’ akan bertukar warna jersinya? Dan adakah stadium keramat Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu akan bertukar ceria?
Apapun, penajaan RM16 juta itu pastinya akan melegakan KAFA yang diberitakan sebelum ini mengalami masalah kewangan yang tenat sehingga Presiden KAFA ingin meletak jawatan akibat masalah tersebut.

Pada pendapat ligakampung.com, setiap persatuan bolasepak perlu bijak mencari dana dan jangan terlalu mengharapkan kepada geran FAM itu sendiri. Selain itu mereka juga perlu menguruskan kewangan persatuan. Tidak selamanya mereka mendapat penajaan yang besar sebegini kalau prestasi pasukan tidak meningkat.
Semoga pasukan Kelantan mampu kembali menjadi pasukan yang digeruni di liga tempatan dan mungkin juga dengan bantuan dana tersebut memberikan impak kepada pasukan kebangsaan.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)