LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kelab Hoki THT mempertahankan kejuaraan Liga Hoki Kebangsaan 2015

Pasukan kelab hoki Terengganu (THT) berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Hoki Kebangsaan yang dimenangi pada tahun lalu.
Kemenangan itu terhasil selepas menumbangkan jagoan hoki, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 5-4 di Stadium Batu Buruk, Kuala Terengganu semalam.

THT menjulang piala selepas memungut 27 mata dan membawa pulang wang tunai RM70,000.00 manakala KLHC berada di tempat kedua dengan memungut 23 mata serta menerima wang tunai sebanyak RM50,000.00.
Pemain Kebangsaan, Tengku Ahmad Tajuddin muncul wira THT apabila menyumbangkan gol kemenangan pada minit ke 60 dan juga gol pembukaan pada minit ke-4.

hoki-malaysia

Pemain lain yang menjaringkan gol untuk THT adalah Fitri Saari pada minit ke 13, Firhan Ashaari minit ke 32 dan Faizal Saari pada minit ke 49. KLHC pula menjaringkan gol pada minit ke 4 oleh Nabil Fiqri, Razie Rahim minit ke 34 dan 47 serta Noor Faeez Ibrahim pada minit ke 50.
Tempat ketiga dihuni oleh Sapura yang memungut 17 mata.

Sumber :- Jugjet
Tahniah kepada pasukan THT yang telah melenyapkan dominasi KLHC yang sering memenangi kejuaraan ini sebelum ini. Sekaligus ia memberi dimensi baru dalam sukan hoki negara.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)