LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kelab bolasepak dimansuh?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sebenarnya baru-baru ini terbaca mengenai cadangan peminat bolasepak tempatan mengenai cadangan supaya kelab bolasepak tempatan di mansuhkan di Liga Malaysia. Ini kerana lambakan pasukan kelab bolasepak hingga menenggelamkan pasukan negeri. Sedikit sebanyak memberi kesan dari segi sokongan dan kewangan.

Walaubagaimanapun, saya kurang bersetuju dengan cadangan untuk memansuhkan terus kelab bolasepak. Ini kerana kalau kita memansuhkan kelab-kelab yang berprestasi tinggi dalam Liga ini pastinya akan memberi kesan kepada mutu bolasepak tempatan. Lagipun kalau kita memansuhkan menandakan kita agak kebelakang. Cuba lihat liga luar negara. Kebanyakan skuad bolasepak mereka adalah dari kelab dan tidak hanya datang dari pasukan negeri sahaja. Ini sekaligus memberikan cabaran kepada skuad negeri. Lagipun pasukan berstatus kelab ni mempunyai sumber kewangan sendiri dan pasti lebih kukuh berbanding dari pasukan negeri yang banyak bergantung pada sumber kerajaan negeri. Ini sekaligus akan memberikan peluang kepada syarikat korporat untuk menyumbang terhadap bolasepak negara tanpa perlu mengalami birokrasi dari kerajaan negeri. Ditambah lagi dengan pengurusan pasukan negeri yang ditadbir oleh orang politik, pasti sukar untuk syarikat korporat untuk membantu. Kalau ditadbir oleh mereka pasti lebih tersusun dan teratur kelab tersebut.

Sebenarnya kita perlukan Liga yang bermutu tinggi. Jadi kemasukan kelab-kelab dalam Liga Super dan Liga Perdana mampu memantapkan lagi liga kita. Tak kisahlah kalau pasukan kelab yang lebih berjaya dari pasukan negeri. Yang penting liga tempatan menjadi meriah sekaligus memberikan keuntungan dari segi kualiti dan kewangan kepada negara. Tentang penyokong pula, pastilah pasukan yang terbaik akan disokong. Tak boleh lagi le nak dikira sentimen kenegerian lagi kan..

Apa pula pandangan anda? Setuju atau tidak tentang cadangan beberapa pihak agar Liga Super hanya dihadkan untuk pasukan negeri sahaja? Bincang-bincangkanlah disini..

Teringat kelab MPPJ pernah menjadi kelab pertama menang Piala Malaysia pada tahun 2003 dulu.. Liga Super belum ada lagi kelab yang menang tu.
Sekian..

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)