LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kekurangan Dana Punca Trio Pelumba Tarik Diri dari Aksi di WEC

Trio Pelumba Negra yang berjaya beraksi di Kejuaraan Endurance Dunia , Nabil Jeffri, Jazeman Jaafar dan Weiron Tan mengambil keputusan drastik apabila tidak akan beraksi lagi di WEC.
Ini ekoran kekurangan dana yang menyebabkan keputusan ini terpaksa dilakukan. Menurut laporan media, mereka berada di tangga ketiga keseluruhan dimana mereka hanya ketinggalan 10 mata berbanding pendahulu keseluruhan.
Nabil, memaklumkan bahawa keputusan ini amat mengecewakan dan peluang sepatutnya diberikan kepada mereka bagi menamatkan musim yang hanya tinggal tiga perlumbaan sahaja lagi.

“Nabil pun terkejut juga tapi perkara ini sudah lama saya tahu, dalam dua bulan lalu. Hanya tinggal tiga perlumbaan saja lagi… bermula Mac ini hingga Jun depan dan selepas itu musim berakhir. Sepatutnya, habiskanlah musim ini.

“Kedudukan kami di tempat yang baik. Kami bukan berada dalam tangga yang corot. Saya rasa kecewa kerana tidak dapat menamatkan musim ini,” ujarnya.

Sebagai rekod, mereka pernah menamatkan saingan di tempat kedua di Litar Silverstone pada Ogos dan keempat di Le Mans, Shanghai dan Spa-Francorchamps.

Bukan itu sahaja, mereka juga pernah memenangi perlumbaan WEC di Fuji, Oktober lepas.

Sumber :-Dunia Sukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.