Kekalahan Kepada Lebanon : Apa Perlu di lakukan Nelo Vingada

Semua peminat bola sepak masih kecewa dengan keputusan perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara pasukan Malaysia menentang Lubnan tempohari.
Dengan barisan kepimpinan FAM yang baharu serta jurulatih import dari Portugal, Nelo Vingada masih belum mampu memberikan impak positif. Bukan sahaja pada keputusan perlawanan, malahan prestasi pasukan juga boleh dipersoalkan.
Walaupun dengan kemasukan pemain JDT yang cukup ramai di Stadium Larkin namun mengapai 1 mata pun belum tercapai juga.
Tempoh 2 minggu untuk Nelo merangka barisan pemain memang tidak mencukupi tapi ia bukan alasan untuk mendapat keputusan begini.
Ligakampung.com ingin memberikan sedikit pendapat tentang keputusan perlawanan ini. Mungkin ianya tidak dibaca oleh barisan kejurulatihan tetapi sekadar pendapat sahaja.

1) Nelo menyuarakan dalam kenyataan media menyuarakan ‘Saya Tak Tahu Apa Pemain Lubnan Makan ‘. Jadi perkara utama yang perlu dilakukan dalam skuad bola sepak Malaysia adalah dari aspek pemakanan.

Rasa pemain Malaysia tak berbuka makan Murtabak kan?

Bayangkan pemain Lubnan juga rata-ratanya pemain beragama Islam dan juga berpuasa. Malahan mereka perlu menempuh tempoh penerbangan yang panjang tapi mampu beraksi baik. Pasti ada resipi pemakanan yang mampu memberikan mereka tenaga tambahan. Lihatlah bagaimana mereka mampu menguasai padang walaupun berada di tempat lawan.
Malahan pada satu ketika mereka ketinggalan 1-0 hingga ke minit 80 baru mereka mampu menyamakan kedudukan dan seterusnya gol kemenangan pada minit terakhir. Ia menunjukkan betapa fizikal mereka cukup baik dan pasti makanan juga menjadi faktor utama.

2) Nelo sudah boleh mencongak tahap fizikal dan mental pemain Malaysia. Walaupun dibarisi ramai pemain berpengalaman di peringkat antarabangsa namun permainan seperti cetek pengalaman. Ketika sedang mendahului , rata-rata pemain senior membuang bola di tempat yang tak sepatutnya. Berbeza dengan pasukan Lubnan yang cukup kompak di bahagian tengah untuk menguasai permainan. Malahan pemain import JDT, Muhammad Ghadar juga tidak beraksi dalam perlawanan ini namun Lubnan masih mampu menjaringkan gol.

Ghaddar tidak beraksi untuk mewakili negara kelahiran Lubnan. Mungkin malu kot beraksi di gelanggang sendiri

Nelo perlu bersedia mengambil hanya pemain yang mempunyai fizikal dan mental yang kuat. Bukan sekadar pada nama sahaja. Beliau perlu turun padang untuk melihat aksi para pemain di Liga Super/Liga Perdana. Sekiranya ada maklumat, beliau boleh memanggil pemain-pemain yang beraksi di liga luar. Mungkin ada yang tidak dijumpai oleh barisan kejurulatihan sebelum ini.

3) Beliau perlu tahu KPI yang perlu dicapai dan kesukaran yang akan dihadapi. Ranking perlu menjadi salah satu keutamaan sasaran pada tahun ini. Ketika ini beliau perlu tahu tekanan untuk menjadikan pasukan Malaysia kembali digeruni. Ia bukan tugas mudah kerana banyak jurulatih yang GAGAL walaupun mempunyai reputasi tinggi sebelum ini.
Claude Le Roy misalnya, pernah melatih barisan pemain Ghana ke Piala Dunia tetapi melatih pasukan Malaysia hanya sekadar setahun sahaja pada tahun 1994-1995. Ia menunjukkan betapa sukarnya untuk menaikkan skuad kebangsaan Malaysia. Namun ia tidak mustahil jika beliau mampu mengubah ‘attitude’ para pemain.

4) Ambil keputusan drastik. Lupakan pemain yang sepatutnya sudah bersara. Pemain seperti Amri Yahyah, Safee Sali dan beberapa nama lagi sudah boleh dikeluarkan dari senarai pemain kebangsaan. Terdapat lagi beberapa pemain yang berusia dalam lingkungan 25-26 sepeti Wan Zaharulnizam dan Faisal Rosli yang layak untuk menyarung jersi kebangsaan.

faizal-rosli
Kredit Gambar : Facebook Pahang FA

5) Dalam perlawanan tempohari ada perkembangan positif dari segi pemilihan dimana tiada langsung pemain berdarah campuran dalam kesebelasan utama. Ia mungkin satu petanda positif untuk memberi ruang kepada pemain tempatan yang bertapak di Malaysia namun seeloknya diberikan kepada pemain yang lebih muda. Kalau ikutkan anggaran pemain yang dipilih sekitar 30-an.

6) Adakan perlawanan persahabatan menentang pasukan bawah 21 tahun kebangsaan negara lain. Selagi pasukan negara tidak meningkat elok kiranya bertarung dengan pasukan yang lebih rendah. Cuba panggil pasukan bawah 21 tahun di Eropah bagi melihat kemampuan diri. Kalau masih gagal menang juga, baik lawan dengan pasukan Wanita Amerika Syarikat. Kalau kena AYAM juga tak tau le..

Agak-agak boleh tak pasukan Malaysia membolosi gol yang dijaga Hope Solo ni?

Begitulah serba sedikit pendapat dari Ligakampung.com. Mungkin sedikit PEDAS tapi harap diterima. Maaf kalau sesiapa terasa sebab ini sekadar luahan dari seorang peminat bola sepak tempatan yang sayangkan sukan ini. Walaupun masih kecewa namun perlu pandang ke hadapan agar pasukan negara maju lagi.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

2 thoughts on “Kekalahan Kepada Lebanon : Apa Perlu di lakukan Nelo Vingada

Leave a Reply