LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kekalahan ke atas Korea Utara : Adakah Vingada bukan jawapan untuk pasukan negara ?

Nampaknya impian untuk mencapai kemenangan sulung di bawah kendalian jurulatih dari Portugal, Nelo Vingada tidak kesampaian.
Jurulatih berusia 64 tahun yang dilantik pada 15 Mei 2017 lalu masih mencari-cari kemenangan pertama sejak mengendalikan skuad kebangsaan ini.

Dalam perlawanan menentang pasukan Korea Utara pada hari semalam, skuad kebangsaan seperti hilang arah apabila tumbang 1-4 di gelanggang berkecuali di Stadium I-Mobile, Thailand.
Vingada melakukan 8 pertukaran pemain selepas kekalahan di Hong Kong pada Oktober lalu.
Penjaga gol Perak, Hafizul Hakim masih kekal selaku penjaga gol utama manakala barisan pemain pertahanan dikuasai oleh pemain JDT iaitu Fazly Mazlan di bek kiri manakala S.Kunanlan di bek kanan.
Barisan pertahanan tengah pula menyaksikan Fadhli Shahs bergandingan dengan pemain Pahang, Kiko Insa.

Pemain muda dari skuad Sukan SEA 2017, Syamer Kutty berada di bahagian tengah dengan dibantu Afiq Fazail dan Nazmi Faiz Mansor.
Azrif Nasrulhaq dan Wan Zack Haikal pula berada di bahagian sayap manakala Ahmad Hazwan Bakri selaku penyerang tunggal.

Barisan ini terlalu mudah dijinakkan oleh pasukan Korea Utara apabila Pak Kwang-Ryong menjaringkan gol melalui sepakan penalti pada minit ke 11 apabila bola terkena tangan ketua pasukan, Fadhli Shas.
Sebelum masa pertama tamat, Kim Yu-Song menambah gol kedua menyaksikan pasukan Korea Selatan memulakan separuh masa kedua dengan kelebihan 2-0.
Kim Yon-Il dan Jong Il-Gwan menjaringkan gol menjadikan keputusan 4-0 dan pasukan Korea Utara mula mengendurkan asakan. Gol saguhati pasukan Malaysia dijaringkan oleh pemain gantian Safawi Rasid pada minit ke 66.

Kekalahan ini menyaksikan pasukan negara berada di tangga tercorot kumpulan dan harapan untuk mengiringi pasukan Lebanon ke Piala Asia semakin tertutup rapat.
Ia juga merupakan kemarau tanpa sebarang kemenangan dalam aksi enam perlawanan bagi Vingada.

Nampak seperti Vingada masih tercari-cari lagi barisan dan formasi yang sesuai digunakan untuk barisan skuad negara.
Memang ia bukan tugas mudah kerana jurulatih handalan seperti Claude Le Roy pun tak mampu untuk membawa Malaysia ke puncak satu masa dahulu walaupun mempunyai rekod yang baik.

Adakah VIngada merupakan jurulatih yang sesuai? Pada pendapat admin, mungkin beliau boleh melupakan kepada matlamat untuk mengejar Piala Asia namun perlu mencari mata sebanyak mungkin terutama bagi meningkatkan ranking negara.
Kalau berdasarkan pemilihan terdapat campuran antara pemain senior dan pemain junior namun Vingada sudah boleh memberikan ‘exposure’ terutama kepada barisan skuad yang mewakili Sukan SEA yang lalu.
Pemain senior yang sepatutnya bersara sudah boleh meninggalkan lapangan antarabangsa dan memberi ruang kepada skuad negara. Perlawanan persahabatan perlu diadakan terutama melibatkan pasukan yang setaraf. Ini bagi memberikan keyakinan kepada barisan pemain negara.

Namun ini sekadar pendapat sahaja, hanya Vingada dan barisan kejurulatihan yang boleh membuat keputusannya. Adakah Vingada bukan jawapan untuk pasukan negara? Apa pendapat anda?

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)