LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Kejutan Lee Chong Wei tumpas di kejohanan All England

Pemain no 1 negara, Datuk Lee Chong Wei membawa khabar buruk dalam mengejar emas Olimpik pertama negara apabila kecundang dalam Kejohanan badminton All England pada minggu lalu.
Kejohanan yang berlangsung di Birmingham itu menyaksikan bekas pemain no 1 dunia itu tumpas kepada pemain India B Sai Praneeth dalam perlawanan pertamanya di kejohanan tersebut.

Pemain yang berjaya menumpaskan Datuk Lee Chong Wei
Pemain yang berjaya menumpaskan Datuk Lee Chong Wei

Pemain badminton berusia 33 tahun itu tumpas straight set dengan keputusan 20-22 dan 22-24. Kekalahan itu mengejutkan pada penyokong melihatkan juara tiga kali ini tumpas pada pusingan awal.
Dalam kenyataan beliau, Lee Chong Wei juga seperti tidak percaya kekalahan beliau pada pusingan pertama. Beliau juga terasa tekanan yang amat untuk memenangi kejohanan ini sehingga mengakibatkan kesilapan pada perlawanan pertama beliau.

Mungkin kekalahan ini tidak dijangka namun sebolehnya Lee Chong Wei menumpukan kembali pada kelemahan yang terdapat pada diri beliau. Mungkin masa masih ada untuk mendapatkan kembali momentum bagi mengejar sasaran utama memenangi Piala Emas Olimpik 2016.
Semoga beliau tidak putus asa dan tidak kecewa dengan keputusan ini.

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Kejutan Lee Chong Wei tumpas di kejohanan All England

  1. Saya berharap semoga ke depan Datuk Lee Chong Wei dapat membalas kekalahan ini dengan prestasi yang lebih baik. Senang bisa bertemu dengan artikel ini semoga ke depan semakin sukses sehingga membawa nama baik negeri

Leave a Reply to katon sumargi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)