Kejuaraan Dunia Terkubur buat Lee Chong Wei

Kejutan terbesar pada Kejohanan Badminton Dunia 2017 berlaku apabila lagenda badminton negara, Lee Chong Wei tumpas kepada pemain tidak ternama dari Perancis, Brice Leverdez.
Lee Chong Wei yang mengimpikan Kejohanan Dunia bagi menutup kariernya nampaknya terpaksa akur dengan kemampuan pemain Perancis berusia 31 tahun itu. Leverdez berjaya menumbangkan bekas naib juara Olimpik 3 kali itu dengan keputusan 21-19. 22-24 dan 21-17 dalam tempoh 75 minit.

Memang amat mengejutkan namun ia tidak mustahil berlaku. Nampaknya mungkin beliau sudah tidak sehebat seperti zaman kegemilangannya dan mungkin perlu memikirkan persaraannya. Elok kiranya beliau bersara pada ketika ini selepas mungkin kemampuan beliau sudah tidak sehebat dulu.
Apapun Datuk Lee Chong Wei tetap seorang jaguh yang hebat. Semoga kejayaan beliau akan menjadi inspirasi kepada anak muda lain dan mungkin ada yang akan mencuba menjadi juara dunia pada masa akan datang.

 

Beliau juga dalam kenyataan di Twitter meminta maaf atas kegagalan beliau.

 

Mungkin juga tekanan yang terlalu besar yang diberikan tidak mampu ditanggung lagi oleh beliau. Mungkin beliau boleh memberikan tanggungjawab tersebut kepada pemain yang lebih muda.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply