Kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2015 – Malaysia tumpas kepada Ireland

Hockey World League

Nampaknya peluang pasukan hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik 2016 berkubur selepas tumpas kepada Ireland pada perlawanan penentuan klasifikasi no 5-6.
Pada perlawanan penting ini, skuad hoki negara tidak mampu untuk memenangi perlawanan yang berlangsung di Stadium KHC Dragons, Belgium. Walaupun menewaskan pasukan yang sama pada peringkat kumpulan, namun situasi itu bertukar pada perlawanan kelayakan klasifikasi 5-6. Pasukan negara ditumpaskan dengan keputusan 1-4 kepada skuad Ireland ini terus menyukarkan peluang untuk layak ke sukan Olimpik.

malaysia-ireland

Walaupun mengharapkan kemenangan untuk mencerahkan peluang tipis ke Sukan Olimpik namun prestasi skuad hoki negara agak mengecewakan. Kekalahan ini ditambah pula dengan kelalaian barisan pertahanan pada awal perlawanan. Ketinggalan 2-0 pada suku pertama dan juga peluang pukulan sudut penalti sebanyak 7 kali , hanya sekali mampu diterjemahkan sebagai jaringan.

Selepas ini diharapkan ada ‘post-morten’ dilakukan oleh pengurusan hoki negara. Mungkin selepas ini persediaan lebih rapi perlu dipersiapkan lebih awal. Mungkin sasaran memenangi Sukan Asia agar mampu mendapatkan slot kelayakan ke Sukan Olimpik dengan lebih awal.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

5 thoughts on “Kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2015 – Malaysia tumpas kepada Ireland

  1. Frus betul dengar berita semalam.. Dengarnya Malaysia berkemungkinan tidak dapat untuk mendapatkan slot ke kelayakan Sukan Olimpik. Erk, Betul ke macam tu?

    1. @Anuar, yup.. kemungkinan besar tidak dapat.. hanya mengharapkan keajaiban pasukan yang patut layak tapi tidak berjaya dalam kejohanan lain..
      agak teknikal kalau nak diterangkan

Leave a Reply